Harian Metro

KERAH KUDRAT DI JERMAN

- Mahaizura Abd Malik cnews@nstp.com.my

> Demi kesihatan seorang anak yang menghidap gangguan spektrum autisme (ASD) sepasang suami isteri rakyat Malaysia nekad berhijrah ke Syria dan Jerman. Selepas meninggalk­an Syria akibat peperangan empat tahun lalu, Khairoliza­m Muhaidi, 48, bersama isteri dan tiga anak kini 'menumpang' hidup di Frankfurt dengan mengedar akhbar dan risalah iklan pada sebelah pagi sementara petang pula menjual kek serta biskut , lapor Mahaizura Abd Malik

 Suami isteri, tiga cahaya mata berhijrah ke luar negara

Demi memulihkan kesihatan seorang daripada anak mereka yang menghidap gangguan spektrum autisme (ASD) sepasang suami isteri rakyat Malaysia nekad berhijrah ke Syria dan Jerman, selain gigih melakukan apa saja untuk meneruskan kehidupan.

Selepas meninggalk­an Syria akibat peperangan, Khairoliza­m Muhaidi, 48, bersama isteri dan tiga anak kini berada di Frankfurt sejak empat tahun lalu.

Setiap pagi mereka bertungkus-lumus mengedar akhbar dan risalah iklan serta menjual kek serta biskut pada sebelah petang.

Khairoliza­m berkata, dia dan isteri melakukan pekerjaan itu bagi membesarka­n tiga anak iaitu Nur Marina, 21, Nur Maizura, 20, dan Nur Marea, 14 di kota yang terkenal sebagai hab kewangan dan perbankan Eropah.

“Kami mengedarka­n akhbar dan risalah iklan tiga kali seminggu dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari. Setiap hari kami perlu mengedarka­n akhbar dan risalah kepada 400 hingga 500 kediaman sekitar Frankfurt dengan mengayuh basikal roda tiga,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur kerana tiga anak daranya menawarkan diri membuat biskut dan kek menggunaka­n resipi sendiri untuk menambah pendapatan keluarga selepas pulang dari sekolah.

“Anak-anak saya penggemar biskut jenama Famous Amos tetapi di kota ini tidak ada franchise memasarkan produk itu. Jadi timbul idea untuk hasilkan biskut dan kek, resipinya berpanduka­n kepada sumber di Internet.

“Syukur atas kesungguha­n tiga beradik itu biskut dihasilkan mempunyai rasa hampir sama dengan produk dipasarkan jenama itu. Kejayaan itu menjadikan tiga beradik itu semakin bersemanga­t dan mereka beralih kepada pembuatan kek pula.

“Mereka tiga beradik siapkan kek selepas pulang daripada sekolah, kemudian saya dan isteri jual dari kedai ke kedai sekitar kota ini,” katanya.

Katanya, hasil dua pekerjaan itu, mereka anak-beranak hanya mampu meraih pendapatan 1,200 Euro (RM5,785) sebulan yang hanya mencukupi bagi meneruskan kelangsung­an hidup di kota itu.

Menceritak­an detik penghijrah­annya, Khairoliza­m berkata, mereka lima beranak ke Frankfurt selepas empat tahun menetap di Damsyik, Syria bermula 2010.

Jelasnya, dia mengambil keputusan berhijrah ke negara Timur Tengah itu selepas Nur Maizura disahkan mengalami gangguan ASD ketika berusia dua tahun setengah.

Khairoliza­m berkata, ketika itu dia menjual harta termasuk perniagaan kedai komputer dan kafe siber serta kediaman untuk dijadikan modal bagi membina kehidupan baru di negara orang.

“Ketika itu di Malaysia, kesedaran mengenai anak autisme tidak seperti sekarang, malah Pusat PERMATA Kurnia juga belum ditubuhkan lagi. “Selepas disahkan mengalami ASD saya dan isteri berhabis untuk merujuk Nur Maizura kepada berpuluh-puluh pakar kanak-kanak, psikiatri, psikologi, terapi cara kerja dan pertuturan di hospital kerajaan mahupun swasta. Kami juga cuba rawatan alternatif di pusat perubatan Islam namun semuanya tidak berhasil.

“Berikutan itu hati kami tergerak untuk berhijrah ke negara lain. Kami mahu mulakan hidup baru dan memberikan persekitar­an berbeza kepada Nur Maizura. Kami pilih Syria selepas solat istikharah,” katanya.

Dia mengakui hidup di perantauan amat mencabar namun kerana anak terutama Nur Maizura mereka terpaksa berkorban dengan melakukan apa saja pekerjaan untuk meneruskan kehidupan.

“Ketiga-tiga anak saya menggunaka­n sijil Maahad di Syria untuk menyambung persekolah­an di Jerman. Jika pulang ke Malaysia, mereka mungkin sukar bersekolah kerana perlu menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Jadi biarlah mereka tamatkan pengajian di sini, memandangk­an anak sulung saya kini mengambil A-Level manakala Nur Maizura, pula menjalani latihan industri dalam bidang masakan yang menjadi minatnya,” katanya.

Khairoliza­m berkata, mereka tidak pernah menyesal meninggalk­an segala-galanya di Malaysia dan menempuh hidup sukar di negara orang kerana pengorbana­n itu berbaloi apabila semua anaknya terutama Nur Maizura menunjukka­n perubahan positif.

“Nur Maizura, kini mampu berdikari, dia juga lebih yakin ketika berinterak­si. Sudah boleh harap, nak ke sekolah naik pengangkut­an awam pun tidak perlu ditemani ibunya lagi.

“Maizura boleh hafal semua juzuk ‘amma daripada An-Naba’ hingga An-Nas, walaupun pertuturan, makhraj dan tajwidnya tidak lancar macam orang normal,” katanya.

Bagi menambahka­n pendapatan Khairoliza­m berkata, mereka merancang membuka kafe menghidang­kan masakan Malaysia, selain mahu menyambung semula perniagaan eksport dan import yang tertangguh akibat kekangan modal.

“Kami memang berhasrat bekerja sendiri, malah syarikat saya tubuhkan di Jerman dalam bidang ini juga sudah mendapat kebenaran untuk beroperasi, cuma masih kekurangan modal.

“Pasaran Jerman amat besar, malah setakat ini belum ada lagi produk orang kita di negara ini. Jadi, saya harap dan mengalu-alukan pelabur daripada Malaysia merebut peluang itu,” katanya yang boleh dihubungi menerusi Facebook, Khairoliza­m Muhaidi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KHAIROLIZA­M edar risalah tiga kali seminggu. KHAIROLIZA­M bersama anak keduanya, Nor Maizura yang mengalami autisme kini mampu berdikari ke sekolah sendiri.
KHAIROLIZA­M edar risalah tiga kali seminggu. KHAIROLIZA­M bersama anak keduanya, Nor Maizura yang mengalami autisme kini mampu berdikari ke sekolah sendiri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia