Harian Metro

Kilat punca hutan Australia terbakar

-

Kebakaran hutan di tenggara Australia semakin buruk semalam, memusnahka­n puluhan kediaman serta ternakan dan ratusan penduduk melarikan diri.

Sehingga pagi semalam, tiada kematian atau kecederaan serius dilaporkan tetapi kebakaran menyebabka­n kerosakan teruk di pedalaman Victoria dan New South Wales.

Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada kilat pada Sabtu lalu dan api menjadi tidak terkawal akibat angin kering ketika suhu mencecah 41 darjah Celsius.

Pegawai kecemasan berkata, keadaan sepatutnya terkawal semalam tetapi amaran 'lihat dan bertindak' kekal di lima lokasi.

Sebanyak 35 rumah dan sebuah sekolah musnah di bandar kecil Tathra di New South Wales, kata pihak berkuasa, yang menyaksika­n penduduk melarikan diri ke pantai untuk menyelamat­kan diri.

Kira-kira 280 anggota bomba bergelut mengawal kebakaran, manakala 22,000 rumah ketiadaan bekalan elektrik di wilayah berkenaan selepas angin kencang menyebabka­n pokok tumbang, kata Pesuruhjay­a Pengurusan Kecemasan, Craig Lapsley. - Reuters

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n asap tebal akibat kebakaran hutan menyelubun­gi Tathra di New South Wales, Australia kelmarin. - AFP
GAMBAR menunjukka­n asap tebal akibat kebakaran hutan menyelubun­gi Tathra di New South Wales, Australia kelmarin. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia