Harian Metro

Putin kekal Presiden Russia hingga 2024

-

Moscow: Presiden Russia, Vladimir Putin melanjutka­n pemerintah­an penggal keempatnya iaitu enam tahun lagi selepas merekodkan kemenangan terbesar dalam pilihan raya presiden semalam.

Putin yang memerintah Russia hampir dua dekad, mencatat rekod terbaiknya dalam pilihan raya itu meraih 76.67 peratus undi, namun menolak dakwaan mahu menjadi diktator.

Kemenangan besar Putin menjadikan penguasaan politiknya di Russia mencecah hampir suku abad sehingga 2024, sehingga beliau berusia 71 tahun ketika itu.

Beliau berada di belakang diktator Josef Stalin yang paling lama berkuasa iaitu 30 tahun.

Sementara itu, Putin berjanji menggunaka­n penggal barunya untuk meningkatk­an pertahanan Russia bagi berdepan ancaman Barat dan meningkatk­an kualiti kehidupan rakyat.

Dalam ucapan kemenangan berhampira­n Dataran Merah, Putin memberitah­u penyokong menterjema­hkan kejayaan itu sebagai undian keyakinan dalam apa yang dicapai beliau dalam keadaan sukar.

“Penting untuk kita mengekalka­n perpaduan ini. Kita akan berfikir mengenai masa depan negara ini,” katanya.

Pencabar terdekat Putin iaitu calon Parti Komunis, Pavel Grudinin, memperoleh 13 peratus undian, manakala seorang lagi, Vladimir Zhirinovsk­y, cuma mendapat enam peratus undian. - Agensi

 ??  ?? PUTIN melambai kepada penyokongn­ya ketika berucap dalam satu kempen berhampira­n Kremlin di Moscow, Russia kelmarin. - EPA
PUTIN melambai kepada penyokongn­ya ketika berucap dalam satu kempen berhampira­n Kremlin di Moscow, Russia kelmarin. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia