Harian Metro

Peminat wanita usah bimbang

- DARI MUKA R23

“Ingin dijelaskan kami berkawan, tidak lebih daripada itu. Kami berkawan sejak menyertai program Akademi Fantasia empat tahun lalu. Kalau bercerita soal menangis, rakan lain pun ada menangis cuma tidak dirakam.

“Bukan saja saya, dia juga ada kawan rapat lain yang betul-betul tahu susah senangnya dalam industri.

Saya percaya mereka juga merasai apa yang saya rasa. Peminat wanita jangan risau sebab saya bukan kekasih Hael,” katanya.

Nabila yang juga pelakon Hikayat Cinta Si Pematah Hati akui tangisan itu lahir dari hati dan tidak pernah terfikir untuk mencari publisiti seperti dakwaan segelintir pihak.

“Ia adalah tangisan kebanggaan sebab sahabat saya akhirnya berjaya. Ia berlaku tanpa saya sedar dan tidak tahu pun ada yang merakamkan­nya serta keluar di kaca TV.

“Sebelum ini kita tahu perjalanan karier Hael macam mana. Namun, selepas 10 tahun dalam bidang nyanyian dia berjaya di pentas berprestij yang menjadi idaman setiap penyanyi.

“Jadi, apabila menang dan pada masa sama dia juga komposer dua lagu saya, usahanya selama ini berbaloi. Penantiann­ya untuk sampai ke tahap ini tidak sia-sia,” katanya.

PELUANG LEBIH CERAH

DALAM LAKONAN

Meski lagu ciptaan Hael berjaya menambat hati

Nabila tegaskan dia bukan kekasih Hael

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia