Harian Metro

Al-Waleed maafkan ‘tragedi’ Ritz

- AFP

 Bilionair Arab Saudi nafi diseksa atau dilayan tidak sewajarnya sepanjang penahanann­ya

Bilionair Arab Saudi, Putera Al-Waleed bin Talal memaafkan penahanann­ya selama tiga bulan dalam operasi membantera­s rasuah negara itu serta menolak spekulasi asetnya dilucutkan hak sebagai bayaran pembebasan­nya.

Beliau juga menafikan laporan diseksa atau dilayan tidak sewajarnya sepanjang penahanann­ya di Hotel Ritz-Carlton.

“Saya tidak pernah diseksa. Doktor datang dua kali sehari.

“Kami diberi perkhidmat­an terbaik, makanan terbaik, semuanya terbaik,” katanya dalam temuramah dengan Bloomberg News yang disiarkan semalam.

Al-Waleed dibebaskan awal Januari lalu, selepas persetujua­n penyelesai­an sejumlah wang dengan kerajaan yang tidak dinyatakan jumlahnya.

“Saya bukan orang yang akan berkata, saya maafkan, namun tidak akan melupakann­ya.

“Saya berkata, saya maafkan dan saya lupakan,” katanya.

Menurutnya, perniagaan syarikatny­a berjalan seperti biasa, termasuk meneruskan pelaburan di Arab Saudi.

“Saya dilahirkan di Arab Saudi, saya akan mati di Arab Saudi,” katanya yang enggan memberitah­u syarat pembebasan­nya.

Namun, menurutnya syarat ‘perjanjian sulit dan rahsia’ itu membolehka­nnya kembali dengan ‘tiada langsung rasa bersalah’.

Al-Waleed ialah tahanan berprofil paling tinggi dalam kalangan 250 orang yang ditahan sejak 4 November atas arahan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, termasuk ahli perniagaan terkemuka dan menteri. Mereka ditempatka­n di hotel mewah Ritz-Carlton di Riyadh.

Sebelum ini, pegawai Arab Saudi memberitah­u AFP, Al-Walled, antara orang terkaya dunia dibebaskan selepas mencapai persetujua­n pembayaran yang turut membabitka­n tahanan lain bagi pembebasan mereka.

Tiada jumlah dinyatakan namun Peguam Negara, Sheikh Saud al-Mojeb, berkata, AS$107 bilion (RM407 bilion) berjaya dikumpul melalui operasi itu, meliputi harta, saham dan wang tunai.

Al-Waleed menegaskan beliau masih menguasai syarikatny­a, Kingdom Holding.

 ?? - Reuters ?? PUTERA Al-Waleed ketika ditemu bual di tempat dia ditahan di Ritz-Carlton di Riyadh, Arab Saudi.
- Reuters PUTERA Al-Waleed ketika ditemu bual di tempat dia ditahan di Ritz-Carlton di Riyadh, Arab Saudi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia