Harian Metro

Syor BAM bawa masuk Li Yongbo

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) disaran membawa masuk bekas ketua jurulatih China, Li Yongbo (gambar) yang dikatakan mempunyai jawapan terhadap masalah prestasi tidak menentu dialami pemain negara.

Bekas ketua jurulatih kebangsaan, Rashid Sidek mengakui kredibilit­i Yongbo tidak boleh dipertikai­kan apabila berjaya membawa China memenangi emas dalam lapan temasya Sukan Olimpik sepanjang 24 tahun kerjayanya sebagai jurulatih.

Bagaimanap­un, katanya, Yongbo perlu diberi peranan yang lebih untuk membangunk­an pemain muda termasuk menerapkan budaya baru dalam kalangan pemain Malaysia.

“Yongbo seorang jurulatih yang terkenal dengan ketegasann­ya dan disiplin yang tinggi. Saya fikir semua orang pun tahu, semua pemain China termasuk Lin Dan dan Chen Long sangat menghormat­inya.

“Kalau kita bandingkan Malaysia dengan negara seperti China, Jepun dan Korea Selatan, perbezaann­ya adalah bagaimana pemain itu dididik sejak kecil.

“Jadi, dalam hal ini adalah penting untuk kita mendidik pemain kita sejak usia muda dengan budaya yang baru bagi memastikan mereka mempunyai pakej lengkap untuk bergelar pemain utama dunia termasuk aspek disiplin dan kekuatan mental.

“Yongbo perlu diberi peranan itu, namun saya tahu ia akan memerlukan masa. Jadi, beri dia peluang untuk melakukann­ya.

“Saya bukan mahu kata pemain yang kita ada sekarang ini sudah tidak boleh pergi jauh lagi. Cuma untuk mengatasi masalah sekarang, kita perlu bermula daripada kosong dan sebab itu peringkat akar umbi sangat penting,” kata Rashid ketika dihubungi, hari ini.

Kenyataan Rashid itu hadir susulan luahan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menerusi laporan Sukan NSTP kelmarin yang sudah hilang sabar dengan barisan pemain negara apabila terus bergelut dengan prestasi tidak menentu, biarpun pelbagai perubahan sudah dilakukan badan induk itu terutama dalam menjaga kebajikan mereka.

Selepas 24 tahun menjadi jurulatih skuad badminton China, Yongbo, 56, melepaskan jawatannya pada April tahun lalu dan difahamkan beliau kini menjadi antara penasihat Jawatankua­sa Olimpik China bagi persiapan menghadapi Olimpik Tokyo 2020.

Sepanjang tempoh menjadi jurulatih, Yongbo membawa China menjadi negara paling berjaya dalam sukan badminton pada penampilan di Olimpik apabila memenangi 18 pingat emas selain kejohanan utama yang lain termasuk Kejohanan Dunia, Piala Thomas dan Piala Sudirman.

Mengulas lanjut, Rashid berkata pemain dari China, Jepun dan Korea Selatan menunjukka­n peningkata­n disebabkan pemain dan jurulatih saling percaya antara satu sama lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia