Harian Metro

Sewa talian Internet pemilik premis

-

Sindiket judi dalam talian dikesan menggunaka­n modus operandi baru untuk menjalanka­n kegiatan itu dengan menyewa talian Internet, WiFi daripada pemilik premis.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, modus operandi itu dikenal pasti berdasarka­n serbuan pihaknya di premis terbuka seperti restoran, kedai menjual peralatan telefon bimbit dan pusat snuker.

“Berdasarka­n risikan, sindiket itu menggunaka­n premis terbuka seperti restoran, kedai peralatan telefon bimbit dan pusat snuker sebagai lokasi menjalanka­n kegiatan berkenaan.

“Mereka menyewa talian Internet, WiFi di lokasi berkenaan untuk mengaktifk­an permainan judi dalam talian menggunaka­n tablet dan telefon bimbit,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, semalam.

Ahmad Dzaffir berkata, sepanjang tempoh Januari lalu hingga semalam, pihaknya menahan 65 individu dalam 13 serbuan Operasi Judi Dalam Talian (Op JOL) di sekitar daerah ini.

“Daripada jumlah itu, 27 individu ditahan adalah penjaga, manakala 38 adalah pemain berusia 20 hingga 30 tahun.

“Sebanyak 13 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dengan tujuh kes didakwa di mahkamah, manakala enam lagi kertas siasatan dalam tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas komputer, 81 telefon bimbit, dua tablet, empat komputer riba dan RM4,481 dalam operasi itu.

FAKTA 65 individu dalam 13 serbuan Operasi Judi Dalam Talian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia