Harian Metro

A Aida bakal terbit filem RM3 juta

-

Kuala Lumpur: Penerbit Datuk A Aida bakal menerbitka­n filem berjudul Ratu Kala Jengking dengan kos RM3 juta dan akan mula menjalani penggambar­an Mei ini.

Filem pertama terbitan syarikatny­a A Aida Production Sdn Bhd itu akan diarahkan pengarah terkenal Bade Hj Azmi.

Ia diadaptasi dari kisah benar yang berlaku di Johor sekali gus membuka satu dimensi baru dalam industri perfileman tempatan.

“Ini filem pertama saya dan sudah tentulah saya mahu memberikan yang terbaik. Ratu Kala Jengking dihasilkan berdasarka­n kisah benar wanita bernama Cik Siti Tanah Mahsyur yang memiliki 99 suami.

“Selepas berkahwin, pasanganny­a pasti akan meninggal dunia pada malam pertama kerana dari mulutnya keluar binatang berbisa iaitu lipan dan kala jengking yang akan membunuh suaminya.

“Tajuk asal cerita ini ialah Scorpion Queen kerana saya mahu memasarkan­nya ke pasaran antarabang­sa, tetapi akhirnya ditukar kepada Ratu Kala Jengking. Cik Siti Tanah Mashyur juga dikenali dengan nama Puteri Keranda dan Puteri Jalang,” katanya.

Aida berkata, sebagai strategi pemasaran, dia sanggup berbelanja besar dengan mengambil 36 pelakon tempatan terkenal untuk berlakon.

Antaranya ialah Nadia Brian, Reen Rahim, Ruhainies, Fauziah Nawi, Azrel Ismail, Mas Khan, Fadlan Hazim, Farahdhiya, Eyka Farhana, Raja Azmi, Zul Huzaimy, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar termasuk penyanyi Indonesia, Firman.

“Firman diterbangk­an khas dari Indonesia kerana saya mahu filem ini memasuki pasaran di sana nanti,” katanya.

Dia juga mendapatka­n nasihat daripada pengarah Syafiq Yusof untuk proses imej janaan komputer (CGI) bagi filem ini.

Ini filem pertama saya

dan sudah tentulah saya mahu berikan yang terbaik

A Aida

 ??  ?? A AIDA
A AIDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia