Harian Metro

3 lelaki disyaki pengganas didakwa hari ini

-

Johor Bahru: Tiga lelaki tempatan disyaki terbabit kumpulan pengganas yang merancang untuk melancarka­n serangan di negeri ini akan didakwa mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini, hari ini.

Ketua Cawangan Khas Johor Senior Asisten Komisioner Ahmad Ramdzan Daud berkata, tiga lelaki berkenaan adalah sebahagian daripada tujuh yang ditahan termasuk seorang warga negara Indonesia.

Katanya, bagaimanap­un, seorang suspek warga Indonesia yang ditahan di sini akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada hari sama.

“Semua tujuh individu ini ditahan dalam operasi dilakukan pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu di beberapa kawasan sekitar negeri ini.

“Empat lelaki yang akan didakwa termasuk seorang warga Indonesia ini berusia antara 19 hingga 45 tahun dan semua mereka ada yang bekerja di syarikat swasta serta sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis Perhimpuna­n Peringatan Hari Polis ke-211 peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, semalam.

Ahmad Ramdzan berkata, semua tujuh yang ditahan dipercayai terbabit dengan pakatan pembelian senjata api dari Thailand selain merancang melakukan serangan di rumah ibadat bukan Islam serta menyerang anggota polis di Johor.

“Dalam tangkapan ini juga polis merampas sejumlah dadah pelbagai jenis dipercayai dijual bagi membiayai kegiatan kumpulan berkenaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia