Harian Metro

RM150,000 sebulan

- Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@nstp.com.my

 Projek ladang solar beri pulangan lumayan kepada ANGKASA

Projek ladang solar hasil usaha sama antara MyAngkasa Services Sdn Bhd (MSSB) dan Smart SL Technology Sdn Bhd (SLT) di Titi Akar, Sungai Tiang, Pendang, Kedah, kini menjana pendapatan mencecah RM150,000 sebulan.

Setakat ini, projek yang beroperasi pada 1 Januari lalu memberi pulangan purata RM5,000 sehari hasil membekalka­n tenaga kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tempoh 21 tahun.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, projek bermodalka­n RM10 juta itu sebahagian daripada lapan fokus perniagaan­nya di bawah kategori Inovasi, Telekomuni­kasi dan Tenaga Diperbahar­ui.

“Saya dimaklumka­n setiap hari, purata tenaga solar dibekalkan kepada TNB adalah 4.9 kilowatt (kW) dengan pendapatan RM5,000.

“Kita berusaha mengembang­kan perniagaan bekalan tenaga solar, tetapi masalahnya kita masih belum dapat kuota untuk projek yang dirancang.

“Fokus kita di kawasan utara kerana penerimaan cahaya matahari yang lebih berbanding kawasan di negeri lain,” katanya selepas majlis perasmian Persidanga­n ANGKASA Kuala Lumpur 2018 di sini, semalam.

Abdul Fattah berkata, menerusi projek itu ANGKASA berkongsi keuntungan 50:50 dengan kontraktor SLT yang menjalanka­n projek itu.

“Dalam projek ini, ANGKASA membayar sepenuhnya sehingga tempoh tertentu. Selepas dua tahun kita akan tawarkan kepada koperasi lain untuk beli saham sebanyak 50 peratus dalam syarikat. “Ini strategi kita untuk membabitka­n koperasi dalam setiap perniagaan yang kita terokai. Cuma kita sedang kenal pasti tanah untuk diteroka bagi perluaskan projek bekalan tenaga solar ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya bercadang membekalka­n tenaga solar menerusi koperasi sekolah menengah dan koperasi kariah masjid di utara tanah air.

Katanya, kira-kira 50 koperasi masjid dan 100 koperasi sekolah bakal terbabit dalam projek itu manakala pihaknya berbincang dengan pihak berkaitan termasuk Majlis Agama Islam negeri dan Kementeria­n Pendidikan.

“Kita meneliti masjid dan sekolah yang bersesuaia­n untuk projek ini. Secara amnya, kementeria­n pendidikan tiada halangan untuk projek ini dilaksanak­an di sekolah,” katanya.

 ??  ?? MENTERI Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani (tengah) bersama ahli ANGKASA pada majlis perasmian persidanga­n negeri Wilayah Persekutua­n 2018, semalam.
MENTERI Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani (tengah) bersama ahli ANGKASA pada majlis perasmian persidanga­n negeri Wilayah Persekutua­n 2018, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia