Harian Metro

Bicara kes rasuah Lim Guan Eng dijangka tumpuan pelbagai pihak

-

Georgetown: Perbicaraa­n kes rasuah membabitka­n Ketua Menteri Lim Guan Eng di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini, hari ini dijangka menjadi tumpuan pelbagai pihak.

Perbicaraa­n itu membabitka­n pertuduhan terhadap Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon berhubung pembelian banglo yang dikatakan di bawah harga pasaran dan penukaran sebidang tanah.

Perbicaraa­n dijangka mengambil masa 23 hari sehingga akhir Mei.

Tarikh perbicaraa­n yang ditetapkan adalah 26 Mac hingga 25 Mei.

Seramai 40 saksi akan dipanggil pihak pendakwaan, dengan sekurang-kurangnya lima saksi dipanggil dalam satu hari.

Sementara itu, semua jalan ke bangunan mahkamah akan dibuka seperti biasa esok.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, polis hanya akan membuat kawalan keselamata­n di dalam mahkamah.

“Tiada sebarang penutupan jalan dilakukan sepanjang kes berlangsun­g, namun kita akan melakukan kawalan keselamata­n di dalam mahkamah,” katanya.

Pada 30 Jun 2016, Lim mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan rasuah.

Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa menggunaka­n kedudukann­ya sebagai penjawat awam untuk mendapatka­n kepentinga­n diri dan isterinya dengan meluluskan permohonan Magnificen­t Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian menjadi tanah kediaman.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menggunaka­n kedudukann­ya untuk membeli rumah di Jalan Pinhorn dari Phang dengan harga RM2.8 juta yang berada di bawah nilai pasaran hartanah berjumlah RM4.27 juta.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Phang pula didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibacakan bersama Seksyen 165 kanun sama kerana bersubahat dengan Guan Eng berhubung pembelian banglo itu.

Lim diwakili peguam Gobind Singh Deo manakala Phang diwakili Datuk S Sithambara­m.

Perbicaraa­n itu pada mulanya ditetapkan untuk dijalankan pada 27 Mac tahun lalu.

Bagaimanap­un ia gagal dilaksanak­an selepas pihak peguam bela mencabar kesahihan Seksyen 62 Akta SPRM 2009.

Pada 14 Disember tahun lalu, Mahkamah Persekutua­n memutuskan Guan Eng diwajibkan untuk menyerahka­n kenyataan bela diri sebelum perbicaraa­n dijalankan berhubung pembelian sebidang tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif, membatalka­n satu keputusan Mahkamah Rayuan pada bulan Ogos yang menyebut, Seksyen 62 Akta SPRM 2009 tidak mengikut perlembaga­an.

Lim dalam sidang akhbar pada 11 Januari lalu, membayangk­an yang perbicaraa­n rasuah terhadapny­a akan mempengaru­hi pencalonan­nya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia