Harian Metro

Tangan ‘emas’ Raimi tiada tandingan

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Bekas ketua jurulatih kebangsaan, Abdul Rahman Ibrahim menyifatka­n pemergian legenda bola sepak negara, Raimi Jamil, 55, bagaikan hilangnya sebutir permata dalam sukan bola sepak negara.

Menurut Rahman, Allahyarha­m disifatkan insan yang sentiasa bekerja keras dalam melahirkan lebih ramai lagi pemain berbakat sebagai penjaga gol.

Malah, Rahman yang juga bekas jurulatih Allahyarha­m ketika membimbing skuad kebangsaan era 1980-an turut mengakui sepasang tangan yang dimiliki arwah sukar ditandingi penjaga gol lain.

“Saya bekerjasam­a dengan arwah sudah lama, bukan saja bersama pasukan Terengganu bahkan juga ketika membimbing skuad kebangsaan termasuk mara ke pentas final temasya Sukan SEA di Indonesia pada 1987 dengan meraih pingat perak.

“Arwah bukan saja pemain berbakat besar dalam sukan bola sepak bahkan berwibawa sebagai jurulatih. Cuma arwah belum sempat untuk melakukann­ya di peringkat lebih tinggi.

“Tapi, arwah selalu bertanya dengan saya hal berkaitan kejurulati­han, malah berjaya menubuhkan akademi bola sepaknya sendiri. Jadi, kehilangan­nya memberi kesan kepada kami,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Kesom Che Nordin Manir, dekat sini, selepas selesai pengebumia­n Allahyarha­m Raimi, kelmarin.

Rakan sepasukan Allahyarha­m dalam skuad kebangsaan dan Terengganu, Nasaruddin Yasin, 57, menyifatka­n pemergiann­ya satu kehilangan besar buat Terengganu apatah lagi beliau adalah penjaga gol yang mempunyai bakat semula jadi dan berdisipli­n tinggi di tengah padang.

“Arwah boleh dijadikan contoh seorang penjaga gol berkaliber dan mempunyai disiplin tinggi. Pemergiann­ya satu kehilangan besar buat negara,” katanya.

 ??  ?? PEMERGIAN Raimi satu kehilangan besar dalam sukan bola sepak negara.
PEMERGIAN Raimi satu kehilangan besar dalam sukan bola sepak negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia