Harian Metro

Kereta rentung milik Dr Tan

-

Alor Setar: Kereta yang terbakar di tepi jalan di Kilometer 6 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Bukit Kayu Hitam, di sini, pagi semalam, adalah milik Dr Tan Kia Sock.

Perkara itu dijelaskan seorang rakan mangsa yang enggan dikenali ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini, semalam.

Beliau berkata, Dr Tan ada memaklumka­n kepada jururawatn­ya bahawa akan masuk lewat ke klinik di Jalan Putra kerana mahu mengambil rakannya di Bukit Kayu Hitam pagi, semalam.

“Sebaik dimaklumka­n mengenai kejadian ini, kami segera menghubung­i telefon Dr Tan tetapi gagal.

“Buat masa sekarang, kami hanya tunggu pihak polis dan HSB untuk mengesahka­n identiti pemandu terbabit,” katanya.

Rakan mangsa itu berkata, Dr Tan masih sihat dan mengutamak­an kesihatan malah kelihatan lebih muda dari usianya.

“Malah pagi tadi (semalam), rakan kami membeli mi kepada Dr Tan tetapi jururawat di kliniknya beritahu yang dia akan masuk lewat hari ini (semalam).

“Kami sempat makan

bersama malam tadi (kelmarin) dengan rakan lain pada jam 9 malam sebelum masing-masing pulang awal ke rumah.

“Dia ada tiga anak tetapi seorang daripadany­a meninggal akibat kemalangan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superinten­dan Mohd Ismail Ibrahim berkata, siasatan mendapati berlaku letupan pada kereta dipandu mangsa.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati terdapat mayat hangus terbakar di tempat duduk pemandu dan Bahagian Penyiasata­n Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah sudah menjalanka­n siasatan.

“Bagaimanap­un, setakat ini punca kejadian belum diketahui dan setakat ini kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya.

 ??  ?? MANGSA ditemui rentung dalam kereta yang terbakar di tepi jalan, semalam.
MANGSA ditemui rentung dalam kereta yang terbakar di tepi jalan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia