Harian Metro

Pemandu lori lari tinggalkan kenderaan

-

Kuala Lumpur: Pemandu lori membawa muatan tanah yang terbabit dalam kemalangan di Bukit Jalil di sini, bertindak melarikan diri dan meninggalk­an kenderaann­ya sejurus kejadian. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pihaknya dimaklumka­n kemalangan membabitka­n sebuah kereta model Honda Jazz dan sebuah lori jam 10.30 pagi semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku membabitka­n lori dari arah sebuah tapak pembinaan berhampira­n menuju ke Puchong, Selangor.

“Sebaik tiba di simpang Jalan Bukit Jalil, lori itu hilang kawalan lalu terbalik ke kanan sebelum muatan tanah dibawa kenderaan itu menghempap kereta dipandu mangsa, Nur Syahirah Ahmad, 28, yang berada di sebelah kanan,” katanya.

Zulkefly berkata, kereta mangsa yang juga pegawai kanan polis yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang remuk teruk di bahagian kiri.

“Bagaimanap­un, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. Pemandu lori bertindak meninggalk­an lokasi sejurus kemalangan dan usaha mengesan lelaki terbabit sedang giat dijalankan termasuk berhubung dengan majikannya.

“Kedua-dua kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu dibawa ke balai polis untuk pemeriksaa­n lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia