Harian Metro

Nyaris terkubur hidup-hidup

- Teoh Pei Ying dan Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

“Saya bersyukur masih selamat walaupun seluruh kereta saya ditimbus dan dipenuhi tanah kecuali di tempat duduk pemandu. Saya berjaya merangkak keluar melalui tingkap kenderaan dengan bantuan orang ramai,” kata pegawai polis, Inspektor Nur Syahirah Ahmad, 28, yang terbabit dalam kemalangan di Bukit Jalil menghala ke Puchong di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, sebuah lori membawa muatan tanah hilang kawalan sebelum terbalik menyebabka­n tanah dibawa menimbus kereta Honda Jazz dipandu Nur Syahirah.

Mangsa yang bertugas sebagai pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, memberitah­u dalam perjalanan dari rumahnya di Bukit Jalil di sini, menuju ke tempat kerja.

“Namun sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah lori membawa muatan tanah dilihat seakan-akan menghimpit kereta dipandu saya di lorong kanan.

“Saya pelik kerana pemandu lori itu membunyika­n hon berulang kali namun tidak mengesyaki sesuatu. Beberapa minit kemudian, lori itu hilang kawalan sebelum tanah dibawanya menimbus kereta saya.

“Bahagian dalam kenderaan saya dipenuhi dengan tanah kecuali di bahagian pemandu. Saya cuba untuk keluar melalui pintu kereta namun gagal kerana dihalang tanah yang memenuhi kenderaan,” katanya ketika dihubungi wartawan semalam.

Nur Syahirah berkata, dia kemudian membuka tingkap di bahagian pemandu untuk keluar dari dalam kenderaan sambil dibantu orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

“Saya bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kereta musnah sepenuhnya akibat kemalangan itu,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Trafik Jalan Bandar di sini.

 Inspektor terperangk­ap dalam kereta keluar melalui tingkap

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia