Harian Metro

Ziarah Kasih keluarga penyokong tegar

-

Kuantan: “Terima kasih Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), pegawai dan pemain kerana prihatin dengan tragedi menimpa keluarga saya,” kata Khairiah Harub, balu penyokong tegar skuad Pahang, Azmi Mat.

Suri rumah berusia 43 tahun itu berkata, pemergian arwah suaminya yang juga kakitangan swasta berusia 63 tahun memberi kesan besar buat keluargany­a kerana perlu menyara dua anak yang masih bersekolah.

“Saya harap dapat bekerja secepat mungkin untuk menyara kehidupan selepas kehilangan tempat bergantung,” katanya di rumahnya di Taman Seri Damai Perdana di sini, semalam.

Pada 17 Mac lalu, kegembiraa­n sebahagian penyokong pasukan bola sepak Pahang pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Darul Makmur, bertukar cemas apabila Azmi tiba-tiba pengsan pada aksi separuh masa kedua.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sebelum disahkan meninggal dunia jam 11.08 malam akibat serangan jantung.

Sebagai tanda prihatin, skuad Pahang itu melakukan Ziarah Kasih diketuai Pengurus pasukan, Datuk Mohammed Suffian bersama jurulatih Dollah Salleh, pemain dan pegawai PBNP ke rumah keluarga berkenaan.

Mohammed Suffian berkata, program itu sebagai tanda keprihatin­an barisan pegawai dan pemain yang terharu dengan sokongan diberikan Allahyarha­m Azmi.

“Ziarah Kasih ini juga diilhamkan Presiden PBNP Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah yang diharap memberi motivasi kepada isteri dan anak Allahyarha­m untuk bersabar menghadapi ujian berkenaan,” katanya.

 ??  ?? MOHAMMED Suffian (kanan) menziarahi keluarga Allahyarha­m Azmi, semalam.
MOHAMMED Suffian (kanan) menziarahi keluarga Allahyarha­m Azmi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia