Harian Metro

18 tahun nanti Aafiyah

 Hasrat Datuk K lihat bilik khas cahaya mata perempuan didiami tercapai

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Suami penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengakui hampir 18 tahun dia mengimpika­n menimang cahaya mata perempuan.

Khalid, 59, berkata, kehadiran puteri sulung yang diberi nama Siti Aafiyah adalah rezeki dan nikmat tidak terhingga sekali gus menambahka­n lagi seri dalam rumah tangganya dan isteri.

“Sebelum ini saya sudah memiliki empat anak lelaki. Apabila rumah kami siap sepenuhnya, setiap anak mempunyai bilik sendiri. Malah, saya turut menyediaka­n satu bilik tambahan yang diniatkan untuk anak perempuan.

“Jadi, selepas Siti disahkan hamil anak perempuan saya berasa sangat bersyukur. Impian dan doa saya dimakbulka­n Allah. Dalam masa sama, hasrat untuk melihat bilik berkenaan didiami anak perempuan tercapai,” katanya kepada Harian Metro.

Khalid berkata, biarpun sudah mempunyai tiga cucu, dia tidak kekok menguruska­n anak kecil.

“Ini semua rezeki dan ketentuan Allah. Saya terima dengan penuh kesyukuran. Memandangk­an sudah ada tiga cucu, jadi tidak wujud perasaan kekok.

“Lagi pun, sebelum ini saya banyak meluangkan masa dengan mereka. Jadi, tidak ada masalah pun. Saya biasa sahaja,” katanya.

Terdahulu, Siti selamat bersalin pada 19 Mac lalu secara pembedahan.

Kelmarin, pasangan itu berkongsi wajah dan nama sebenar anak mereka sempena hari ketujuh kelahiran.

Siti dan Khalid juga mengadakan majlis maulid Nabi, tahnik, cukur jambul dan aqiqah sekali gus memperkena­lkan Siti Aafiyah kepada ahli keluarga, rakan terdekat dan pihak media.

 ??  ?? SITI Aafiyah lahir pada 19 Mac lalu.
SITI Aafiyah lahir pada 19 Mac lalu.
 ??  ?? KHALID
KHALID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia