Harian Metro

Wings kembali gegar Kedah

-

Kuala Lumpur: Kumpulan Wings bersyukur dan lega dapat beraksi di Kedah selepas lebih 20 tahun menanti peluang itu.

Menurut pemain gitar bes, Eddie, ia ibarat kemenangan buat Wings memandangk­an peminat dari negeri itu sudah lama menunggu kehadiran mereka.

“Kali terakhir Wings buat persembaha­n di sana adalah pada 80-an. Bagaimanap­un, selepas itu permohonan kami untuk mengadakan persembaha­n di sana sentiasa tidak diluluskan.

“Sewaktu tampil dengan album Menakluk Kosmos pada 2014 kami cuba mohon permit tetapi tidak berjaya.

“Selalunya kami dapat masuk sana pun apabila terbabit dengan festival seperti Jom Heboh. Itupun guna permit yang diluluskan untuk acara berkenaan.

“Kalau Wings memohon permit untuk mengadakan konsert memang tidak akan berhasil,” katanya.

Bakal terbabit dengan acara Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) pada 14 dan 15 April di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Eddie menyifatka­n ia peluang keemasan buat Wings.

“Ikutkan, peminat kami di Kedah antara paling kuat. Saya masih ingat dulu setiap kali mengadakan konsert di sana lebih 40,000 peminat hadir.

“Untuk konsert SL1M nanti, kami diberikan keistimewa­an menyanyika­n banyak lagu di samping beberapa band lain. Jadi, inilah peluang keemasan buat kami mengubat rindu peminat di sana,” katanya.

Artis lain yang akan menjayakan acara itu terdiri daripada Faizal Tahir, Zero, Drama Band, Loque Monoloque, Kugiran Masdo, Pesawat, Floor 88, Atmosfera, Khalifah dan Payslip bakal menjayakan acara berkenaan.

 ??  ?? WINGS kali terakhir membuat persembaha­n di Kedah pada tahun 80-an.
WINGS kali terakhir membuat persembaha­n di Kedah pada tahun 80-an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia