Harian Metro

Nova 2 Lite mengagumka­n

-

 Huawei tawar telefon pintar spesifikas­i hebat pada harga mampu milik RM799

Biasanya jika spesifikas­i yang hebat, harga ditawarkan bagi sebuah telefon pastinya mahal.

Lain pula apabila Huawei melancarka­n Nova 2 Lite dengan harga hanya RM799.

Masih dengan Hannah Delisha sebagai model, mungkin anda mahu lihat ciri-ciri Huawei Nova 2 Lite yang ada.

Nova 2 Lite mempunyai RAM 3GB dengan ROM 32GB manakala rekaan 2.5D di belakang dengan panel gelas yang premium membangkit­kan nilai estetika yang menawan.

Pada nisbah skrin 18:9, ia menghasilk­an skrin 5.99 inci pada telefon bersaiz 5.5 inci.

Mempunyai fungsi dwi kamera, kamera belakang pada Nova 2 Lite lengkap 13MP+2MP untuk kesan bokeh selain fokus laju PDAF. Apabila mod

diaktifkan, lensa 13MP merakam secara terperinci pada subjek manakala lensa 2MP akan memberikan kesan bokeh dengan tujuh jenis tahap apertur.

Lima lensa optikal pada kamera belakang untuk gambar yang terang bersama gelas biru penapis IR untuk mengurangk­an warna yang tidak tepat dan imej hantu. Sesuai untuk rakaman waktu malam.

Bukan itu saja, anda boleh membuka kunci dengan wajah (1024 poin pada wajah manusia) dengan kepantasan 900 milisaat.

Nova 2 Lite juga masih ada pengimbas cap jari Fingerprin­t Sensor 4.0, kesan jari anda dalam masa hanya 0.35 saat.

Kamera 8MP depan ada flash ikut tona swafoto secara manual atau automatik dengan apertur f2.0 bersama sudut swafoto sehingga 77 darjah menghasilk­an pelbagai gambar yang menarik.

Sehingga kini terdapat 10 mod swafoto yang patut anda cuba.

Lagi satu ciri yang anda pasti gemar pada Nova 2 Lite ialah adalah telefon pintar paling murah yang dilengkapi dengan teknologi canggih VoLTE dan VoWiFi dalam pasaran.

Nova 2 Lite berasaskan sistem operasi EMUI 8.0 (Android 8.0) untuk kelancaran. Memori lebih lancar dengan pelbagai aplikasi termasuk permainan, media sosial dan menonton video strim.

Kalau anda berhasrat untuk menukar telefon ke Nova 2 Lite, gunakan Huawei Clone yang memindahka­n aplikasi ke Nova 2 Lite dengan mudah.

Huawei Nova 2 Lite lengkap Game Suite – tapi notifikasi ketika bermain akan ditutup supaya tidak mengganggu. Antara yang ditapis termasuk panggilan masuk penggera dan notifikasi bateri lemah.

Ciri Split Screen pula yang sama diteruskan dalam Nova 2 Lite. Dua aplikasi beroperasi serentak.

Pada mod Mini Screen View. Gunakan telefon anda dengan satu tangan dan aktifkanny­a hanya dengan slide jari ke navigasi untuk tukar antara view biasa dan

Manakala bagi Mod Eye Comfort, tiga tahap kecerahan skrin ikut keadaan.

Tahukah anda, leretkan tiga jari untuk

Nova 2 Lite mempunyai tiga kad slot, semua boleh guna. Dua untuk kad Sim dan satu untuk kad microSD hingga 256GB.

Bagi mereka yang sedang mencari telefon pintar pada harga yang berbaloi dan berteknolo­gi tinggi, Nova 2 Lite ada jawapannya.

Pada harga RM799, Huawei Nova 2 lite adalah peranti terbaik dalam lingkungan harganya yang memiliki dan sistem dwi kamera.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia