Harian Metro

Lelaki Pakistan suka jodoh berusia

-

Kota Bharu: Wanita berusia, mempunyai ramai anak, tidak berpelajar­an dan berdepan masalah kewangan, antara ciri wanita Kelantan yang ‘diidamkan’ lelaki Pakistan untuk dijadikan isteri.

Berbekal rupa paras umpama pelakon Bollywood, mereka akan menggoda wanita tempatan sehingga sanggup berkahwin tetapi bukan atas dasar cinta, sebaliknya untuk mudah dapatkan permit, selain memperguna­kan nama si isteri untuk berniaga termasuk membuka kedai runcit.

Modus operandi golongan pendatang itu adalah masuk ke kampung untuk menjaja karpet atau barangan lain dan pada masa sama mencari isteri yang termasuk dalam ciri diidamkan.

Sebaik menemui wanita berkenaan, lelaki Pakistan akan ‘mengayat’ sehingga wanita tempatan jatuh cinta dan sanggup berkahwin apabila digula-gulakan dengan pelbagai janji termasuk nafkah bulanan yang mencukupi.

Malangnya, selepas berkahwin semua janji itu tidak ditunaikan dan ada pasangan yang tidak tinggal sebumbung serta tidak menerima nafkah selepas mereka berjaya membuka kedai runcit atas nama isteri mereka.

Kebaikan warga Pakistan terhadap keluarga mereka bertahan dalam tempoh permit belum tamat.

Wartawan NSTP dan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Kelantan membuat lawatan ke beberapa premis yang diusahakan warga Pakistan dan mendapati kebanyakan­nya tidak tinggal sebumbung dengan alasan perlu menjaga kedai runcit.

Apabila ditanya mengenai isteri, warga asing itu mencipta pelbagai alasan termasuk mendakwa isteri tiada di kedai dan tinggal di negeri lain bersama bapanya, semata-mata untuk melepaskan diri bagi membolehka­n permit diperbahar­ui.

Bagi yang mendakwa tinggal bersama isteri, tinjauan turut dilakukan ke bilik tidur mereka tetapi mendapatin­ya agak meragukan dengan keadaan bilik yang kotor selain hanya mempunyai tilam tanpa almari pakaian serta tiada juga ruang memasak seperti keluarga normal.

Selain itu, pakaian si isteri hanya ada beberapa helai yang digantung seolah-olah mahu mengaburi mata anggota penguat kuasa yang melakukan lawatan dan ada juga menyerahka­n alamat tertentu mendakwa lokasi didiami keluargany­a, sedangkan mereka tidak tinggal di situ.

Difahamkan, sejak lima tahun lalu terdapat seramai 78 warga Pakistan bernikah dengan wanita tempatan.

Pengarah Jabatan Imigresen Kelantan Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff ketika mengulas perkara itu berkata, ramai warga Pakistan mahu menjadikan wanita tempatan sebagai isteri demi kepentinga­n mereka.

“Bagaimanap­un, bukan bermakna semua wanita tempatan berkahwin dengan warga Pakistan hanya dijadikan alat semata-mata,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia