Harian Metro

CINTA SUAMI PERMIT

-

Wanita tempatan kesal digunakan suami warga asing untuk menetap di Malaysia

ke rumah dan lebih gemar tidur di kedai perabotnya.

“Dia lebih banyak beri alasan dan apabila ditanya, herdikan yang saya dapat dan tidak diberikan nafkah bulanan seperti dijanjikan.

“Tahun pertama usia perkahwina­n saya masih boleh bertahan dengan harapan dia berubah, namun selepas memasuki tahun kedua sudah tidak mampu lagi dan sedar saya hanya menjadi mangsa untuk dia tinggal di negara ini.

“Bekas suami hanya melayan saya baik apabila permit dia hampir tamat tempoh. Saya tidak tahan dan membuat aduan ke Jabatan Imigresen memaklumka­n perbuatan suami sebelum kami bercerai pada 2015,” katanya.

Sementara itu, Zaiton, 57, yang turut berkahwin dengan lelaki Pakistan berusia 31 tahun bersetuju dengan pandangan Rozimah mengenai sikap romantik warga asing itu ketika mengayat mereka.

Ibu tujuh anak itu berkata, suaminya dikenali Ali turut didakwa menungguny­a selama lima tahun sebelum dia bersetuju untuk disatukan dan menerima lelaki itu selepas 15 tahun menjanda.

“Lima tahun saya bercinta tanpa pengetahua­n anak-anak. Anak hanya mengetahui selepas tahun kedua kami berkahwin dan sehingga kini mereka masih sukar untuk menerima perkahwina­n kami.

“Anak tidak dibenarkan pulang ke rumah dan untuk menemuinya, saya akan ke kedai runcit milik suami di Pasir Hor.

“Jika sebelum ini suami hanya menjaja, namun selepas kami berkahwin, dia mampu buka kedai runcit dan saya diberi nafkah RM500 sebulan,” katanya.

Zaiton tidak mahu memikirkan sama ada dirinya dipergunak­an atau sebaliknya, namun memberitah­u dia bahagia bersama lelaki itu walaupun perkahwina­n mereka mungkin tidak seperti pasangan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia