Harian Metro

Kayuhan basikal OKU ‘diganggu’ gajah

-

Port Dickson: Peristiwa diserang gajah antara pengalaman menakutkan dihadapi peserta program Kayuhan Basikal Jelajah Malaysia 2018 sejauh 1,578.3 kilometer (km) di seluruh negara, baru-baru ini.

Bagaimanap­un, penat-lelah 52 peserta termasuk tiga orang kurang upaya (OKU) dalam program itu mencatat rekod dalam

(MBOR) sebagai kayuhan basikal secara berkumpula­n (cacat visual) paling jauh.

Kayuhan dijayakan dengan kerjasama Persatuan Sukan OKU Penglihata­n Negeri Sembilan itu berakhir di Sekolah Kebangsaan (SK) Intan Perdana di sini, kelmarin.

Peserta OKU cacat penglihata­n, Samsul Anuar Amat Kasi, 47, berkata, insiden yang tidak dapat dilupakan itu berlaku pada hari ketujuh kayuhan ketika dalam perjalanan dari Jeli, Kelantan ke Gerik, Perak.

Menurutnya, secara tiba-tiba, dia mendengar jurumudiny­a, Huzaimi Abdullah menjerit dengan kehadiran gajah.

“Belum sempat saya bertanya, tiba-tiba saya seperti disepak dan terpelanti­ng ke longkang di tepi jalan...ketika itu, masing-masing tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.

Menurutnya, dia hanya mendengar suara menyuruh meniarap dan menundukka­n kepala.

“Nasib baik polis pengiring berjaya mengalihka­n tumpuan gajah yang kemudian meninggalk­an kami. Mujur saya dan dua lagi peserta hanya cedera ringan,” katanya.

Dia yang lebih dikenali sebagai Cikgu Samsul bersama peserta dari pelbagai jabatan kerajaan termasuk dua lagi rakan OKU buta dan kudung kaki kanan memulakan misi di Teluk Kemang di sini, pada 10 Mac lalu.

Samsul berkata, walaupun basikal terpaksa dibaiki akibat serangan gajah, tetapi mereka dapat meneruskan perjalanan sehingga berjaya tiba ke destinasi mengikut perancanga­n asal.

Beliau yang juga ketua jelajah berkata, kejayaan itu sekali gus memecahkan rekod peribadiny­a yang berjaya membuat kayuhan sejauh 316 km ketika Jelajah Seluruh Negeri Sembilan pada 2015.

 ??  ?? PESERTA Kayuhan Basikal Jelajah Malaysia 2018 mencipta rekod dalam MBOR.
PESERTA Kayuhan Basikal Jelajah Malaysia 2018 mencipta rekod dalam MBOR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia