Harian Metro

Peluang graduan jadi usahawan

- Hamizah Badiran cnews@nstp.com.my

 Siri jelajah ketiga SL1M di Alor Setar buka peluang ceburi bidang perniagaan

Selain makan gaji, Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) membuka ruang kepada graduan dan pencari kerja memajukan diri dengan menyertai pelbagai peluang keusahawan­an berasaskan pertanian.

Berikutan itu, Program Temu Duga Terbuka SL1M Peringkat Zon Utara 2018 yang berlangsun­g dua hari bermula 14 hingga 15 April depan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah, menyediaka­n banyak peluang untuk direbut mereka.

Ketua Sekretaria­t SL1M Norashikin Ismail berkata, Zon Utara adalah siri jelajah ketiga SL1M 2018 dan berharap orang ramai tidak melepaskan peluang merebut tawaran pekerjaan ditawarkan.

“Terdapat lebih 6,000 peluang pekerjaan dan latihan disediakan syarikat yang mengambil bahagian untuk pencari kerja pada sesi temu duga kali ini.

“Kami beri tempat kepada usahawan asas tani, orang kurang upaya (OKU), Orang Asli, ibu tunggal dan belia untuk memasarkan produk mereka di samping membantu graduan menceburi bidang keusahawan­an berasaskan pertanian,” katanya pada majlis perasmian pengumuman program itu di Philea Mines Beach Resorts di sini, semalam.

Program Temu Duga Terbuka SL1M Peringkat Zon Utara 2018 kali ini dirasmikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Antara syarikat mengambil bahagian pada program ini ialah UMW Holdings Berhad, UEM Group Berhad, Coway (M) Berhad, Inokom Corporatio­n Sdn Bhd, Telekom Malaysia Berhad, Celcom Axiata Berhad dan banyak lagi.

Norashikin berkata, bagi menaikkan semangat pengunjung, SL1M turut menampilka­n selebriti tempatan seperti Duta SL1M, Faizal Tahir dan Kumpulan Zero selain Wings, Pesawat, Payslip, Kugiran Masdo, Monoloque, Floor 88, Drama Band, Khalifah Band serta CK Faizal yang akan memberi motivasi serta menghiburk­an mereka.

Katanya, banyak aktiviti menarik disediakan termasuk ceramah kerjaya, klinik resume, hadiah cabutan bertuah, daripada FIM Asia Supermoto Champion, gerai jualan dan jualan asas tani.

“Bagi kemudahan orang ramai, SL1M turut bekerjasam­a dengan GrabCar untuk diskaun pengangkut­an RM6 menggunaka­n kod SL1MKEDAH2­018,” katanya.

Sementara itu, SL1M yang ditubuhkan pada

Jun 2011, dikelolaka­n

Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri dengan usaha sama pihak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta lain.

Sehingga Disember tahun lalu, 144,440 peserta sudah dibantu melalui pembabitan secara langsung mahupun tidak dengan program SL1M.

 ??  ?? NORASHIKIN (duduk tengah) bersama sebahagian artis yang terlibat dalam Program Temu Duga Terbuka SL1M yang berlangsun­g di Kedah pada 14 dan 15 April depan selepas sidang media di Philea Mines Resort City Seri Kembangan, semalam.
NORASHIKIN (duduk tengah) bersama sebahagian artis yang terlibat dalam Program Temu Duga Terbuka SL1M yang berlangsun­g di Kedah pada 14 dan 15 April depan selepas sidang media di Philea Mines Resort City Seri Kembangan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia