Harian Metro

Khutbah terjemahan Melayu

- Daripada A Jalil Hamid jalil@nstp.com.my

Arab Saudi menjadikan bahasa Melayu sebagai satu daripada bahasa asing bagi terjemahan secara langsung ketika khutbah Jumaat di Masjidil Haram di sini dan Masjid Nabawi di Madinah.

Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Dr Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais, berkata khutbah Jumaat dalam bahasa Melayu juga akan diadakan di Padang Arafah ketika musim haji.

Bercakap kepada kumpulan pengarang media dari Malaysia, Sheikh Abdul Rahman berkata, langkah itu menunjukka­n betapa pentingnya ikatan bersama Malaysia bagi kerajaan Arab Saudi.

“Berita baik buat rakyat Malaysia iaitu Penjaga Dua Kota Suci bersetuju melaksanak­an projek terjemahan secara langsung khutbah Jumaat di Makkah, Madinah dan Arafah (ketika musim haji) dalam bahasa Melayu.

“Bahasa Melayu adalah satu daripada 10 bahasa yang disenaraik­an dalam projek ini.

“Projek ini penting bagi masyarakat Asia Tenggara. Ia akan memanfaatk­an mereka dan ini juga besar maknanya terhadap Malaysia dan jemaah dari Malaysia.

“Penyenarai­an bahasa Melayu (bagi projek khutbah Jumaat secara langsung) akan meningkatk­an kefahaman mereka,” katanya.

Bahasa Melayu dituturkan di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei. Terjemahan dalam bahasa Melayu itu menyusul selepas perkhidmat­an terjemahan dalam bahasa Urdu dan bahasa Inggeris diperkenal­kan.

Di Makkah, perkhidmat­an berkenaan disediakan berhampira­n pintu Raja Fahd yang dikhususka­n buat jemaah bukan berbahasa Arab. Alat bantu dengar dan peralatan audio kecil disediakan bagi kemudahan pengguna.

Peralatan itu disambung ke frekuensi FM yang menyiarkan terjemahan khutbah berbahasa Arab disampaika­n khatib Masjidil Haram.

Sheikh Abdul Rahman yang juga Presiden Agung Hal Ehwal Dua Kota Suci, memuji Malaysia, Tabung Haji dan jemaah Malaysia.

“Islam di Malaysia adalah contoh unik bagi seluruh dunia. Kami amat menghargai peranan Tabung Haji yang mengendali­kan urusan secara amat sistematik dan menjadi contoh terhadap semua agensi haji negara lain.

“Jemaah Malaysia sangat berhemah dan menjaga tatatertib ketika berada di Tanah Suci,” katanya.

Beliau berkata, kerja pembesaran Masjidil Haram di Makkah kini berada di peringkat akhir dan dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung Ramadan.

Masjid yang diperluask­an itu kelak boleh menampung sehingga 1.6 juta jemaah pada satu masa.

Sheikh Abdul Rahman turut menyentuh soal ‘pengantara­bangsaan’ kedua-dua Kota Suci itu dan memberi jaminan Arab Saudi berupaya menguruska­nnya, seiring kepentinga­n seluruh umat Islam.

Kerajaan Arab Saudi dan pemimpin Islam lain turut menyatakan tentangan terhadap cubaan mempolitik­kan ibadat haji serta mengantara­bangsakan dua Kota Suci iaitu Makkah dan Madinah.

Qatar dilapor mengulangi desakan Iran untuk memindahka­n pusat pentadbira­n

 Jemaah Masjidil Haram, Masjid Nabawi boleh manfaat alat bantu dengar disediakan

dua Kota Suci umat Islam itu kepada badan Islam – permintaan yang dilihat lebih menjurus kepada pandangan pengikut dan bukannya konsensus Islam sejati.

Sheikh Abdul Rahman berkata, Arab Saudi dan Malaysia menampilka­n kesederhan­aan dalam Islam dan kedua-dua negara menjadi contoh kepada dunia.

Tegasnya, Islam tidak mempunyai kaitan dengan ekstremism­e dan keganasan.

“Kedua-dua negara senada dalam menentang keganasan dan menolak ekstremism­e,” katanya.

Mengenai berita palsu, beliau berkata, al-Quran dan hadis secara jelas menyatakan segala berita mesti disahkan kesahihann­ya.

Katanya, penyebaran berita palsu terutama menerusi media sosial mungkin didalangi ‘musuh’ yang ingin memecah-belahkan umat Islam.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia