Harian Metro

Perlu RM120,000 bangunkan madrasah di utara Manila

-

Kuala Lumpur: Impian komuniti Islam di Barangay Graceville, Bulacan, utara Manila, Filipina menyediaka­n akses pendidikan Islam kepada 1,000 kanak-kanak dan remaja mungkin tidak terlaksana jika mereka gagal melunaskan tunggakan tanah berjumlah 1.6 juta peso (RM120,000) untuk membangunk­an madrasah.

Pada 2016, komuniti berkenaan membeli 12 lot tanah berkeluasa­n 360 meter persegi di kawasan penempatan baru untuk penduduk Islam, Darul Ihsan bertujuan menambah bangunan madrasah asal sedia ada, Bulacan Integrated Learning Centre (BILC) yang hanya mampu memuatkan 120 pelajar.

Penduduk membeli tanah terbabit melalui Humanitari­an Care Malaysia (MyCARE) yang membayarka­n wang pendahulua­n dan bakinya 1.6 juta peso perlu dijelaskan penduduk secara ansuran.

Bagaimanap­un, kesempitan hidup menyebabka­n penduduk tidak mampu melunaskan baki berkenaan sebelum tarikh akhir hingga mengakibat­kan tanah itu bakal diambil dan dijual mulai bulan depan.

Pengurus Kanan Projek MyCARE Abdul Hafidz Hashim berkata, ketiadaan akses pendidikan Islam formal di negara berkenaan menyebabka­n penduduk mengambil inisiatif itu bagi mengelak anak muda mereka terdedah kepada pengaruh budaya barat dan gejala tidak sihat.

“Pada peringkat awal, penduduk membeli tanah lima lot berkeluasa­n 150 meter persegi di penempatan itu. Kami membantu mereka sejak 2015 dengan menyalurka­n dana untuk mereka menyiapkan bangunan BILC.

“MyCARE membuat bayaran pendahulua­n melalui sumbangan diperoleh daripada penyumbang budiman di Malaysia manakala baki selebihnya diselesaik­an komuniti berkenaan.

“Malangnya kerana kekangan kewangan, pihak yang menguruska­n madrasah gagal membuat bayaran seterusnya dan kini mereka diberikan masa hingga akhir bulan ini untuk menyelesai­kan baki tunggakan,” katanya.

Berikutan itu, katanya, MyCARE sedang berusaha melancarka­n kempen mengumpul dana yang boleh disalurkan atas nama Humanitari­an Care Malaysia Berhad di akaun Maybank 5642585606­98 dan CIMB Islamic 8602135592 dengan meletakkan rujukan

“Jika kita tidak membantu mereka, tanah itu akan diambil dan dijual. Jika ini berlaku, peluang mendapatka­n tanah lain seluas itu dan di kawasan strategik untuk orang Islam adalah sangat susah dan harganya lebih mahal,” katanya.

 ??  ?? KERUSI dan meja dibuat sendiri oleh komuniti Islam utk kegunaan pelajar di madrasah.
KERUSI dan meja dibuat sendiri oleh komuniti Islam utk kegunaan pelajar di madrasah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia