Harian Metro

Ibarat keluarga besar

-

tiga tahun lalu.

Menurut Presidenny­a Mohd Syaiful Idzuwan Nordin, 33, dia bersama beberapa rakan bermula dengan menubuhkan kumpulan WhatsApp dan menyertai program sukarelawa­n bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain sebelum ini.

Katanya, selepas beberapa bulan, usahanya itu mendapat sambutan pelbagai pihak yang sudi memberi tajaan berbentuk barangan keperluan untuk disalurkan kepada golongan memerlukan.

“Pada awalnya saya bersama beberapa rakan tertarik dengan kerja amal NGO lain termasuk membantu mangsa banjir, gelandanga­n dan orang miskin.

“Kami seronok kerana dapat membantu orang lain. Sehingga kini, kami ada 1,600 ahli di seluruh negara dengan semangat kesukarela­wanan tinggi,” katanya.

Mohd Syaiful berkata, antara misi paling menyentuh perasaan pernah disertai ialah bantuan banjir besar di Kelantan dan Temerloh, Pahang pada 2014 membabitka­n 200 ahli CTF.

Katanya, di situ komitmen ahli diuji apabila mereka perlu bergerak sendiri dan

 Kelab Kebajikan CTF himpun 1,600 sukarelawa­n sedia berbakti bila-bila masa

patuh kepada arahan ‘ketua sementara’ yang hanya dikenali dalam tempoh singkat dan dalam masa sama perlu mengagihka­n bantuan disumbangk­an orang ramai.

“Alhamdulil­lah, berkat disiplin ahli CTF, kami dapat menyerahka­n bantuan daripada syarikat korporat selain kutipan sesama ahli yang simpati dengan nasib mangsa banjir.

“Selepas itu, CTF mengorak langkah lebih jauh dan turut bersama rakan NGO lain di seluruh negara. Dari situ, lebih ramai yang menyatakan minat menjadi ahli sehingga kami mempunyai organisasi dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan,” katanya.

Mohd Syaiful berkata, CTF juga bergiat dalam aktiviti bersama gelandanga­n di ibu negara dan mengagihka­n pek makanan bagi memberi pendedahan kepada ahlinya.

 ??  ?? ANTARA sukarelawa­n CTF yang aktif dalam program kebajikan.
ANTARA sukarelawa­n CTF yang aktif dalam program kebajikan.
 ??  ?? SUKARELAWA­N CTF bersama anak yatim.
SUKARELAWA­N CTF bersama anak yatim.
 ??  ?? CTF mengadakan lawatan dan memberi sumbangan kepada keluarga yang memerlukan.
CTF mengadakan lawatan dan memberi sumbangan kepada keluarga yang memerlukan.
 ??  ?? PROGRAM bersama masyarakat yang turut disertai CTF.
PROGRAM bersama masyarakat yang turut disertai CTF.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia