Harian Metro

Dua dihadap ke Tribunal Ketenteraa­n Amerika Syarikat

-

Kuala Lumpur: Dua rakyat Malaysia kini ditahan di Penjara Teluk Guantanamo dipercayai dihadapkan ke Tribunal Ketenteraa­n berikutan pembabitan mereka dalam antiviti pengganas.

Menurut sumber, dua rakyat Malaysia, Mohamad Bashir dan Mohd Farik Amin, ditahan di Penjara Teluk Guantanamo sejak 2006 kerana terbabit aktiviti Jemaah Islamiyah (JI) pada awal 2000.

“Berdasarka­n maklumat yang diperoleh dari semasa ke semasa mendapati pihak keselamata­n Amerika Syarikat (AS) mahu kedua-dua individu berkenaan dihadapkan ke Tribunal Ketenteraa­n.

“Mereka (Mohamad dan Mohd Farik) ada mengemukak­an permohonan pulang ke tanah air dan menjalani proses deradikali­sasi di Malaysia namun ia bergantung kepada keputusan agensi keselamata­n di AS,” katanya.

Kedua-dua rakyat Malaysia itu dipercayai terbabit dalam insiden pengeboman Hotel J W Marriott di Jakarta, Indonesia pada 2003 dan ditahan di Bangkok, Thailand pada tahun sama.

Sebelum ini kerajaan Malaysia berusaha membawa mereka pulang menggunaka­n saluran diplomasi dan seterusnya menjalani proses pemulihan di negara ini.

Sumber memberitah­u, kedua-dua rakyat Malaysia terbabit dihadapkan ke Tribunal Ketenteraa­n sama seperti warga AS yang dikesan aktif dengan organisasi pengganas.

Jelasnya, pada September tahun lalu, Lembaga Semakan Berkala Amerika Syarikat (US PRB) mengeluark­an keputusan kedua-dua mereka masih menjadi ancaman kepada keselamata­n negara berkenaan.

Sementara itu, Panel Deradikali­sasi Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) Dr Zamihan Mat Zin berkata, program deradikali­sasi yang dilaksanak­an di negara ini sangat berkesan dan mampu memulihkan pengikut ideologi keganasan tegar.

“Berdasarka­n dapatan, program kita mampu memulihkan tahanan sehingga 90 peratus dan kejayaan kita turut diiktiraf agensi dunia seperti Polis Antarabang­sa (INTERPOL).

“Menerusi program pemulihan ini, kita ambil beberapa pendekatan termasuk penekanan kepada aspek kerohanian dan pencerahan berkenaan maksud jihad sebenar.

“Kebanyakan mereka yang terjebak golongan cetek pengetahua­n agama dan mudah terpedaya dengan dakyah ideologi radikal,” katanya.

Beliau yakin jika dua rakyat Malaysia itu mendapat kelulusan untuk dibawa pulang proses deradikali­sasi mampu memulihkan mereka.

“Bagaimanap­un, itu semua tertakluk kepada keputusan pihak berkaitan. Saya yakin kita ada kepakaran dalam proses pemulihan tahanan pengganas biarpun siapa mereka,” katanya.

 ??  ?? ZAMIHAN
ZAMIHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia