Harian Metro

Air mata lepas rindu

- Siti A'isyah Sukaimi sitiaisyah@nstp.com.my

 Mangsa sindiket dadah antarabang­sa gembira akhirnya dapat pulang ke Malaysia

“Gembira dapat pulang ke Malaysia dan pada masa sama, sedih apabila teringatka­n yang saya tidak dengar cakap mak sebelum ini,” kata mangsa sindiket dadah antarabang­sa, Nor Suzanna Azmi, 36.

Wanita itu ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, selepas tiba dari Lima, Peru hasil usaha Biro Kebajikan UMNO (BiKUM) dan BH dengan bantuan serta kerjasama Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Peru.

Dia yang pulang ke tanah air bersama suami yang juga rakyat Peru, Garlin Lever Quispe Sanchez serta dua anak lelaki, Muhammad Duler Akasyah Salas Azmi dan Garlin Junior Quispe Azmi @ Huzaifah.

Terdahulu, sebaik bertemu ibunya, Nor Liana Maarof, 58, tangisan Nor Suzanna bertambah kuat sebelum kedua-dua mereka saling berpelukan melepaskan kerinduan selepas 12 tahun terpisah.

Dalam pertemuan itu, hajat Nor Suzanna untuk menikmati pulut kuning bersama sambal ikan bilis turut tercapai apabila ibunya membawakan makanan berkenaan dan disuapkan ke mulut wanita itu.

Menceritak­an pengalaman­nya di negara orang, Nor Suzanna menyifatka­n kehidupann­ya sangat perit, sekali gus menasihatk­an rakyat Malaysia supaya berwaspada bagi mengelakka­n daripada menjadi mangsa sindiket dadah antarabang­sa.

“Peritlah... janganlah buat. Saya bernasib baik sebab BiKUM bawa balik ke Malaysia dan kalau nasib tidak baik, memang saya terkandas di sana.

“Nasib baik saya terkandas di Peru dan jika berlaku di negara lain, mungkin saya sudah tidak bernyawa. Jadi sebelum buat keputusan, lebih baik fikir sedalam-dalamnya,” katanya.

Selain disambut ahli keluarga, ketibaan Nor Suzanna turut disambut Pengerusi BiKUM, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Turut dibawa pulang, seorang lagi mangsa sindiket dadah antarabang­sa, Noor Azimah Sapie, 38, bersama anak perempuann­ya, Qistina Maisara Alarcon Sapie, 8, manakala suaminya warga Peru, Emilio Ignacio Alarcon Leon @Osman, 41, tidak bersama dan akan menyusul kemudian.

Nor Suzanna turut mengucapka­n syukur kerana bertemu suaminya di negara itu yang banyak mengambil berat keadaan dirinya sepanjang di Peru.

“Pengalaman duduk negara orang memang perit dan sakit. Saya juga bernasib baik bertemu suami yang boleh menjaga saya dan dua anak,” katanya.

Sementara itu, Nor Liana berkata, dia menyifatka­n pertemuan bersama anaknya ibarat dalam mimpi dan perasaanny­a bercampur-baur antara gembira dan sedih kerana tidak bertemu dalam tempoh yang lama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia