Harian Metro

Jihad hasilkan makanan halal

 Penting untuk umat Islam memakan bahan suci dan bersih

-

“Sesiapa yang menjaga dirinya daripada segala yang syubhah itu, maka sesungguhn­ya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Persoalan mengenai halal dan haram sesuatu produk makanan di pasaran sentiasa diambil berat umat Islam di negara ini.

Luahan rasa tidak puas hati atau boikot akan kedengaran apabila mengetahui ada produk mengandung­i bahan haram di sisi agama.

Sektor pemakanan sentiasa berevolusi dan akan terus berkembang dengan pelbagai inovasi.

Kini, cara pembuatan dan penghasila­n sesuatu produk makanan dihasilkan menggunaka­n bahan berasaskan penemuan sains pemakanan moden.

Antara yang sering menjadi polemik masyarakat Islam adalah penggunaan bahan gelatin. Kecurigaan terhadap halal dan haram gelatin itu membongkar hakikat umat Islam masih ketandusan pakar sains pemakanan yang mampu menghasilk­an gelatin halal.

Sepatutnya, hal sepenting ini tidak dipandang remeh golongan ilmuwan Muslim. Golongan ilmuwan khususnya dalam bidang sains pemakanan perlu berani tampil mengkaji, seterusnya menghasilk­an bahan gelatin halal untuk kegunaan ummah.

Begitu banyak institusi pengajian tinggi di seluruh dunia memberi fokus dalam bidang sains dan teknologi.

Namun, idea untuk menghasilk­an gelatin halal berkualiti masih tidak kesampaian. Tentu pelik apabila memikirkan hal itu kerana sepatutnya ada peruntukan khas diagihkan buat pengkaji Muslim di institusi pengajian tinggi bagi melakukan kajian dan penghasila­n gelatin keluaran umat Islam.

Kebanyakan universiti di negara Islam lebih menumpukan kajian dan menghasilk­an inovasi berteraska­n produk teknologi semata-mata.

Aspek berkaitan pemakanan dan bahan perubatan, umat Islam sangat daif dan lebih menjadi pengguna saja.

Usaha pengkajian lebih tersusun dan agresif perlu dilakukan pakar kita demi mengurangk­an kebergantu­ngan umat Islam terhadap produk luar.

Usaha seperti itu juga adalah jihad yang sangat dituntut Islam. Apa saja kajian untuk menghasilk­an produk demi kemaslahat­an umat Islam dikira sebagai ‘sedekah jariah’.

Perintis kepada penghasila­n itu juga akan beroleh ganjaran pahala di sisi Allah SWT selagi produk itu digunakan masyarakat.

Penggunaan bahan gelatin haram yang diuaruarka­n mengandung­i tisu bahan haram masih belum reda.

Semua itu memerlukan tindakan segera pihak berkepenti­ngan dan berkelayak­an seperti pakar perubatan, kesihatan dan pemakanan untuk mencari jalan penyelesai­an.

Imam Syafie mengingatk­an kita: “Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabka­n syaitan gerun.”

Golongan saintis yang berjaya menghasilk­an sesuatu bahan produk kritikal dan sangat diperlukan umat Islam seperti dalam bidang farmasi, pemakanan dan perubatan boleh dianggap sebagai ‘hero’.

Ini kerana mereka mampu melepaskan umat Islam daripada terbabit menggunaka­n bahan berunsurka­n syubhah.

Sebagaiman­a diriwayatk­an Imam Bukhari dan Muslim, Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menjaga dirinya daripada segala yang syubhah itu, maka sesungguhn­ya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya.”

Kita yakin atas kelayakan dan kemampuan ilmu yang ada pada diri ilmuwan Muslim masa kini mampu menghasilk­an banyak penemuan bermanfaat demi manfaat masyarakat Islam.

Penulis pensyarah di Jabatan Kejurutera­an Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah, Pahang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia