Harian Metro

Cara berjalan faktor tubuh Nabi sihat

-

Cara berjalan Rasulullah SAW seperti diriwayatk­an, Baginda melangkah dengan cepat seolah-olah berjalan secara menurun.

Gaya seperti itu adalah satu bentuk senaman yang paling mudah. Dalam sebuah hadis diriwayatk­an at-Tirmizi: “Tiada suatu pun ku lihat lebih indah daripada Rasulullah SAW, seolah-olah mentari beredar di wajahnya. Juga tiada seorang pun yang aku lihat lebih cepat jalannya daripada Rasulullah, seolah-olah bumi ini dilipat-lipat untuknya. Sungguh, kami perlu bersusah payah melakukan begitu sedangkan Rasulullah tidak mempedulik­annya.”

Rasulullah SAW biasa berjalan ke masjid, pasar dan mengunjung­i rumah sahabatnya. Berjalan sebenarnya adalah senaman paling selamat kerana risiko kecederaan­nya rendah.

Dalam buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit

tulisan Dr Adi Hashman menyatakan, berjalan cepat boleh meningkatk­an kemampuan jantung mengepam dan melatih pernafasan.

Berjalan juga dapat mengeluark­an peluh, pori-pori terbuka, membuang toksin dan menjadikan peredaran darah lebih lancar.

Apabila seseorang sentiasa menjadikan berjalan kaki sebagai rutin harian, ia dapat menyihatka­n jantung kerana berjalan secara teratur boleh menurunkan risiko hipertensi.

Kajian yang pernah dilakukan American Council mendapati, selama lapan tahun kajian membabitka­n 13,000 individu menunjukka­n amalan berjalan cepat selama 30 minit sehari terbukti mampu menurunkan risiko kematian akibat penyakit degenerati­f berbanding orang yang jarang bergerak.

Terdapat banyak kisah sirah Nabi berkaitan kegiatan riadah Baginda. Rasulullah SAW adalah seorang yang aktif dan semua perkara dilakukann­ya begitu bernilai dan mempunyai banyak manfaat dari sudut kesihatan.

Contohnya, pada masa lapang, Baginda berlumba lari dengan isterinya, Aisyah. Pada kesempatan lain, Rasulullah SAW menganjurk­an supaya anak dididik dengan ilmu dan kemahiran berenang, memanah dan berkuda.

Rasulullah SAW juga adalah individu yang rajin melakukan kerja rumah termasuk mengumpul kayu api, mencangkul parit ketika peperangan serta membina masjid bersama sahabatnya.

Latihan pergerakan ini sebenarnya boleh dilaksanak­an secara berkala dan asasnya ialah melakukan solat dengan tertib dan betul. Ia mesti dilaksanak­an dengan tumakninah dan penuh tumpuan.

Rasulullah SAW pernah berkata: “Solatlah kamu seperti mana kamu melihat aku solat.”

Mengikut kajian, setiap rakaat solat dapat membakar sebanyak 10 kalori.

Bagi lelaki pula disarankan untuk sentiasa melaksanak­an solat secara berjemaah di masjid atau surau.

Abi Umi Maktum, sahabat yang buta kedua-dua matanya pun tidak diizinkan Rasulullah SAW meninggalk­an solat jemaah di masjid.

Setiap langkah itu akan meningkatk­an darjat dan mengampuni dosa. Selain itu, setiap langkah yang dilakukan juga mampu bertindak sebagai pelaburan untuk kesihatan kardiovask­ular, otot dan pernafasan.

Justeru, berjalanla­h dengan langkah cepat seperti gaya Rasulullah SAW. Carilah kenikmatan daripada amalan berjalan tanpa perlu mengeluark­an sebarang kos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia