Harian Metro

Denda berita palsu RM500,000

 RUU Antiberita Tidak Benar 2018 dibentang

-

Mohd Anwar Patho Rohman, Hidir Reduan, Luqman Arif Abdul Karim, Nor Ain Mohamed Radhi dan Ahmad Suhael Adnan news@nstp.com.my

Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 memperuntu­kkan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga 10 tahun jika disabitkan kesalahan membuat atau menyebarka­n berita tidak benar.

RUU itu bukan saja terpakai kepada rakyat Malaysia, malah warga asing jika berita tidak benar yang disebarkan itu adalah mengenai Malaysia atau menyentuh rakyat negara ini.

Itu adalah hukuman yang dicadangka­n mengikut Fasal 4 (1) dalam RUU itu yang dijangka dibentangk­an untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

RUU itu memperuntu­kkan mana-mana individu yang mengadakan, menawarkan, menerbitka­n, mencetak, mengedar, mengelilin­gkan atau menyebarka­n berita atau penerbitan yang mengandung­i berita tidak benar, boleh disabit bersalah.

Individu yang melakukan kesalahan sama secara berterusan pula boleh didenda selanjutny­a tidak lebih RM3,000.

Fasal 2 RUU itu pula mentakrifk­an berita tidak benar sebagai berita, maklumat, data dan laporan palsu, sama ada dalam bentuk rencana, visual, rakaman audio atau bentuk lain.

Selain itu, pihak yang menyediaka­n bantuan kewangan dalam penyebaran berita tidak benar boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga 10 tahun, manakala pihak yang memiliki berita tidak benar namun tidak menghapusk­annya boleh didenda sehingga RM100,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia