Harian Metro

Transforma­si untuk semua Syukur dapat rumah lebih selesa

- Adie Suri Zulkefli, Muhammad Mustakim Ramli dan Aizat Sharif cnews@nstp.com.my

Transforma­si yang digerakkan kerajaan ketika ini akan terus membabitka­n semua komponen masyarakat, termasuk golongan nelayan.

Itu ikrar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sambil memaklumka­n nelayan antara golongan yang diberi perhatian serius oleh kerajaan dalam Program Transforma­si Negara (NTP) untuk membawa kemajuan ke seluruh pelosok negara.

“Saya datang ke Tanjung Dawai pertama kali pada 31 Oktober 2012... saya lihat keadaan nelayan perlu dilakukan sesuatu, perlu diubah keadaan mereka dengan cara berkesan, bukan dengan penyelesai­an jangka pendek semata-mata.

“Jadi, terlintas idea untuk melaksanak­an projek penempatan semula nelayan dan melalui belanjawan setahun selepasnya kita sediakan dana RM200 juta untuk projek yang diadakan di sini,” katanya pada Majlis Perasmian Perumahan Nelayan Muafakat Kedah, di Kampung Nelayan, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Dawai Datuk Tajul Urus Mat Zain yang juga Ketua Umno Bahagian Merbok dan Pengerusi LKIM, Datuk Seri Dr Irmorhizam Ibrahim.

Najib berkata, projek ini antara transforma­si yang diusahakan dengan memastikan nelayan juga tidak terkecuali.

“Setakat ‘huloq’ (hulur) saja tidak cukup, kita perlu lakukan sesuatu yang memberi jaminan masa depan kepada nelayan,” katanya.

Dalam ucapan itu, Perdana Menteri turut berkongsi saat singgah ke rumah nelayan di sini yang mana beliau tersentuh apabila ibu kepada nelayan berkenaan menitiskan air mata kerana kerajaan membantu memenuhi impiannya memiliki kediaman sendiri yang selesa.

“Ini hasrat saya... mahu melihat nelayan mendapat apa yang patut mereka rasai... kehidupan lebih selesa, kebajikan terbela dengan mendapat rumah yang lebih selesa daripada sebelumnya.

“Sekarang segala bantuan kita beri, elaun sara hidup nelayan tiap-tiap bulan, dapat rumah lagi.. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dapat serta perkhidmat­an lain dari pelbagai agensi kerajaan juga diperoleh. Alhamdulil­lah ini gambaran transforma­si yang kita usahakan,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata, Perumahan Nelayan Muafakat Kedah itu adalah projek perintis kepada 12 lagi projek seumpamany­a di seluruh negara, yang mana pemilik rumah hanya perlu membayar RM150 sebulan. Sungai Petani: Dengan pendapatan tidak menentu sebagai nelayan, Yusri Zainal, 43, hanya mampu memasang impian untuk memiliki kediaman sendiri supaya isteri, Suria Md Ariffin, 39, dan tiga anak mereka dapat hidup lebih selesa.

Selama 20 tahun, Yusri dan keluargany­a terpaksa menyewa rumah sewa tanpa bilik tidur di kampung di Tanjung Dawai, di sini.

Namun, impian itu akhirnya menjadi kenyataan apabila Yusri ditawarkan sebuah unit rumah berkembar satu tingkat berkeluasa­n 65 meter persegi di Perumahan Nelayan Muafakat, Tanjung Dawai.

Bertambah manis apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mencetuska­n idea projek penempatan semula nelayan itu, mengunjung­i kediamanny­a pada Majlis Perasmian Perumahan Nelayan Muafakat Kedah, semalam.

Yusri berkata, memiliki kediaman sendiri memang menjadi impiannya, namun kekangan kewangan ditambah dirinya yang bekerja sebagai nelayan menyukarka­n lagi usaha untuk memiliki rumah sendiri.

>>Yusri terima unit rumah berkembar satu tingkat berkeluasa­n 65 meter persegi  Projek penempatan semula nelayan beri peluang jalani hidup lebih selesa

peniaga roti, malah RM38 juta dilaporkan diterima Jabatan Penjara setiap tahun menerusi hasil jualan biskut.

“Ia secara tidak langsung dapat mengurangk­an kos operasi banduan di dalam penjara, selain mengatasi kesesakan (di dalam penjara),” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Bukit Beruang, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron; Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Jalil Hassan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Roslan Ibrahim.

“Selama 20 tahun, kami tinggal di rumah sewa tanpa bilik di kampung berhampira­n dengan sewa RM200 sebulan.

“Dengan pendapatan bulanan antara RM1,000 hingga RM1,200... sukar untuk pihak bank meluluskan permohonan pinjaman perumahan saya.

“Alhamdulil­lah, apabila Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memaklumka­n mengenai projek perumahan ini, saya memohon dan tidak menyangka permohonan saya berjaya,” katanya.

Katanya, dengan adanya kediaman sendiri, mereka dapat hidup lebih selesa terutama anaknya yang berusia antara empat hingga 11 tahun dan ibu mentuanya, Haliah Abu Bakar, 56.

“Saya berharap inisiatif ini dapat diteruskan kepada nelayan di seluruh negara ini supaya mereka tidak ketinggala­n dalam menikmati pembanguna­n kerajaan ini,” katanya.

Penduduk, Ausri Awang, 55, berkata, kediaman itu lebih selesa berbanding rumah asal didiaminya bersama suami, Abdul Rashid Arifin, 53, dan lima anaknya berusia antara 13 hingga 22 tahun.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengadakan pertemuan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi Taklimat Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Bilik Gerakan IPK negeri.

Beliau juga sempat meluangkan masa bertemu peserta Skim Rondaan Sukarela (SRS) serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Negeri Melaka.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengumumka­n peruntukan tambahan RM100,000 kepada SRS Melaka bagi memantapka­n pelaksanaa­n program itu di negeri ini.

 ??  ?? NAJIB menikmati hidangan tengah hari bersama penduduk setempat selepas Majlis Perasmian Perumahan Nelayan Muafakat Kedah di Tanjung Dawai, Kota Kuala Muda.
NAJIB menikmati hidangan tengah hari bersama penduduk setempat selepas Majlis Perasmian Perumahan Nelayan Muafakat Kedah di Tanjung Dawai, Kota Kuala Muda.
 ??  ?? AHMAD Zahid (dua dari kiri) menerima cenderamat­a daripada Abdul Jalil (kiri) selepas majlis perjumpaan bersama KRT dan SRS negeri Melaka.
AHMAD Zahid (dua dari kiri) menerima cenderamat­a daripada Abdul Jalil (kiri) selepas majlis perjumpaan bersama KRT dan SRS negeri Melaka.
 ??  ?? NAJIB beramah mesra dengan Yusri dan Suria serta ahli keluarga.
NAJIB beramah mesra dengan Yusri dan Suria serta ahli keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia