Harian Metro

‘melayang’ di atas ais

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima. com.my

Buat julung kalinya Sukan Sea 2017 memperkena­lkan acara musim sejuk, sukan luncur ais dan paling membanggak­an Malaysia mampu menyediaka­n gelanggang­nya yang bertaraf antarabang­sa.

Stadium Luncur Ais Kebangsaan Malaysia (MYNISS) di Empire City, Damansara Perdana adalah gelanggang yang digunakan bagi kejohanan sukan berkenaan dan pada 15 September tahun lalu, ia dibuka kepada orang ramai untuk aktiviti rekreasi luncur ais.

Dengan keluasan gelanggang 1,800 meter persegi, ia sememangny­a menjanjika­n satu arena yang menarik untuk pengunjung menikmati dunia sukan luncur ais dalam premis ‘indoor’ serba lengkap.

Malah dengan yuran kemasukan bermula RM20 termasuk kasut luncur membolehka­n pengunjung menjadikan aktiviti luncur ais sebagai aktiviti mengisi waktu lapang.

Tidak sekadar menjadikan destinasi itu sebagai lokasi pertanding­an, disediakan juga bilik untuk aktiviti keluarga seperti mengadakan sambutan keraian.

Bagi mereka yang kali pertama datang ke sana, tidak perlu risaukan kemampuan untuk meluncur ais kerana ada jurulatih yang bersedia membantu anda meluncur dengan selamat.

Malah, di sini juga menjadi destinasi atlet sukan luncur ais kebangsaan melakukan rutin harian mereka termasuk latihan luncur berirama, hoki ais dan luncur laju laluan pendek (short track speed skating).

Jadi sekiranya ke sini, anda dapat melihat pelbagai gaya yang dilakukan atlet yang sedang berlatih, sekali gus memberi inspirasi untuk terus mengasah kemahiran supaya mampu meniru aksi yang dipamerkan atlet berkenaan pada masa depan.

Jika pengunjung ingin menjadikan aktiviti luncur ais bukan sekadar rekreasi, lokasi itu juga menyediaka­n pakej latihan dengan harga tertentu kerana ia juga sebagai salah satu langkah untuk melahirkan lebih ramai bakat dalam sukan berkenaan.

Pengurus Akademi MYNISS, Aizurudin Idrus berkata, MYNISS mendapat perhatian ramai pengunjung terdiri daripada atlet yang ingin berlatih dan keluarga yang mahu menjadikan gelanggang Sukan SEA itu sebagai destinasi mengisi waktu santai.

Katanya, ketika ini terdapat akademi yang ditubuhkan di dalam MYNISS bagi tiga acara sukan ais iaitu luncur berirama, hoki ais dan luncur laju laluan pendek kerana terdapat permintaan orang ramai untuk mempelajar­i kemahiran ‘melayang’ di atas ais.

“Di sini, kami wujudkan lokasi yang kondusif untuk semua kategori pengunjung tanpa mengira sama ada rekreasi ataupun atlet kerana kami ingin mengajak lebih ramai orang datang serta menyertai aktiviti ini.

“Selain itu, mereka yang berminat untuk pergi lebih jauh juga boleh menggilap bakat dengan menyertai akademi kami,” katanya.

 ??  ?? KANAKKANAK antara
yang sering berkunjung ke
MYNISS. Di sini, kami wujudkan lokasi yang kondusif untuk semua kategori pengunjung tanpa mengira sama ada rekreasi ataupun atlet
KANAKKANAK antara yang sering berkunjung ke MYNISS. Di sini, kami wujudkan lokasi yang kondusif untuk semua kategori pengunjung tanpa mengira sama ada rekreasi ataupun atlet
 ?? FOTO ?? ARENA luncur ais mengikut standard antarabang­sa.
FOTO ARENA luncur ais mengikut standard antarabang­sa.
 ??  ?? MENJADI medan pertempura­n atlet luncur ais dalam Sukan SEA 2017.
MENJADI medan pertempura­n atlet luncur ais dalam Sukan SEA 2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia