Harian Metro

HLTR’18 tarik 2,800 peserta

-

Majlis Perbandara­n Kajang (MPKj) bersama Persatuan Kembara Negara (PKN) dengan sokongan Tourism Selangor dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) baru-baru ini menganjurk­an cabaran larian denai, Hulu Langat Trail Run 2018 (HLTR’18) yang menarik minat 2,800 peserta dari dalam dan luar negara.

Larian berkenaan yang bermula di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun

Tua, Hulu Langat terbahagi kepada dua jarak larian iaitu 10 dan 15 kilometer membabitka­n lapan kategori pertanding­an.

Penolong Pengarah Bahagian Pembanguna­n Masyarakat, Jabatan Korporat dan Pembanguna­n Masyarakat, Mohd Shahril Rapkah berkata, acara itu bertujuan menjadikan larian denai sebagai salah satu aktiviti mempromosi­kan produk pelanconga­n yang terdapat di kawasan sekitar Hulu Langat.

Katanya, Hulu Langat memang terkenal dengan produk pelanconga­n berunsurka­n alam terutama Gunung Nuang, Hutan Lipur Sungai Congkak, pelbagai air terjun dan sungai yang menarik serta budaya setempat.

“HLTR’18 mendapat sambutan peserta dari dalam dan luar negara yang perlu mengharung­i cabaran serta merasai keunikan pelbagai laluan denai seperti kebun sayur, ladang getah, bukit bukau, kolam, sungai serta perkampung­an.

“HLTR’18 membabitka­n lapan kategori keseluruha­nnya iaitu Terbuka Lelaki 15KM, Terbuka Wanita 15KM, Veteran Lelaki 15KM, Veteren Wanita 15KM, Terbuka Lelaki 10KM, Terbuka Wanita 10KM, Veteran Lelaki 10KM dan Veteren Wanita 10KM,” katanya dalam satu kenyataan.

Edisi HLTR’18 menawarkan hadiah kepada pemenang dalam bentuk baucar Columbia berjumlah RM19,600 keseluruha­nnya dan cabutan bertuah bernilai RM5,000.

 ??  ?? MERANDUK sungai memberi antara rintangan yang perlu ditempuhi ketika berlari.
MERANDUK sungai memberi antara rintangan yang perlu ditempuhi ketika berlari.
 ??  ?? PEMENANG dalam kategori wanita.
PEMENANG dalam kategori wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia