Harian Metro

Kaya monumen bersejarah

Uzbekistan komited tarik pelancong Malaysia

- Redzuan Muharam redzuan.muharam@hmetro.com.my

Jika negara di Eropah mendapat jolokan syurga beli-belah, lain pula dengan Uzbekistan yang terkenal sebagai pusat tamadun

Islam kerana kaya dengan monumen dan binaan bersejarah.

Jadi, tidak hairanlah jika industri pelanconga­n di republik berkenaan terus berkembang dan semakin menjadi destinasi pilihan pelancong termasuk dari negara ini yang ingin bersantai dan merehatkan minda.

Malah, republik berkenaan komited menarik kunjungan rakyat Malaysia menerusi pengecuali­an visa untuk tempoh 30 hari lawatan yang berkuat kuasa pada 10 Februari lalu.

Kaunselor Kedutaan Uzbekistan di Malaysia, Rustam Gaziev berkata, inisiatif itu juga salah satu cara untuk mempromosi, sekali gus memperkena­lkan lagi tempat tarikan dan budaya di negara berkenaan.

“Jumlah kemasukan pelancong Malaysia ke Uzbekistan menunjukka­n peningkata­n ketara dalam tempoh setahun berbanding hanya lima pelancong Malaysia direkodkan pada tahun lalu.

“Tetapi, setakat Februari tahun ini, jumlahnya meningkat kepada

143 pelancong dan itu membuktika­n ramai rakyat negara ini mula memasukkan Uzbekistan dalam senarai destinasi percutian mereka.

“Kita amat menghargai­nya dan akan terus berusaha untuk menyediaka­n fasiliti terbaik demi keselesaan dan kepuasan pelancong sepanjang berada di Uzbekistan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran buku bertajuk The Guide Uzbekistan dan Perayaan Tahun

Baru Navruz di Kedutaan Republik Uzbekistan di Taman Ampang Utama, baru-baru ini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Jawatankua­sa Pembanguna­n Pelanconga­n Uzbekistan, wakil syarikat Uzbekistan Airways dan universiti tempatan yang terbabit.

Buku 128 muka surat itu diterbitka­n oleh Bluedale Publishing (M) Sdn Bhd dengan kerjasama pihak kedutaan.

Rustam berkata, penerbitan buku panduan itu diharap membantu pelancong untuk mengunjung­i pelbagai tempat menarik di Uzbekistan.

Katanya, buku itu juga boleh dijadikan rujukan untuk pelancong yang ingin mengetahui informasi dan sejarah tempat tertentu.

“Uzbekistan salah satu destinasi menarik untuk dilawati kerana ia pernah menjadi pusat tamadun Islam yang mempunyai banyak binaan dan monumen bersejarah yang memaparkan budaya masyarakat­nya seperti di Tashkent, Samarkand, Bukhara dan Khiva.

“Malah, makam Imam Al-Bukhari juga terletak di Uzbekistan, jadi ia negara yang harus dilawati terutama oleh pencinta sejarah.

“Meskipun bahasa Uzbek dan Russia digunakan secara meluas, semakin ramai golongan muda yang fasih berbahasa Inggeris. Jadi soal bahasa bukan satu masalah untuk pelancong,” katanya

Menurut Rustam, dia berharap hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dan Uzbekistan berkekalan.

“Malaysia dan Uzbekistan mempunyai banyak persamaan terutama dalam kepelbagai­an pendudukny­a yang berbilang bangsa dan agama. Hubungan ini boleh diperkukuh­kan dengan adanya industri pelanconga­n yang disokong kedua-dua pihak,” katanya.

 ?? FOTO EZAIRIE SHAMSUDIN ??
FOTO EZAIRIE SHAMSUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia