Harian Metro

BANGKIT DARIPADA KEMURUNGAN

-

amat memerlukan sokongan moral daripada individu sekeliling dan keyakinan bertemu dengan pakar.

“Sebelum mengalami masalah berkenaan, saya seorang periang, aktif dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tiada masalah bergaul dengan individu sekeliling.

“Namun, segalanya berubah selepas mengalami penyakit bipolar hingga sikap saya berubah 180 darjah menjadi pendiam dan tidak banyak bercakap.

“Ia berlaku dengan tiba-tiba dan gangguan itu juga menyebabka­n saya menutup media sosial yang selama ini menjadi medium penghubung dengan rakan,” kata anak kedua daripada empat beradik.

Gadis kelahiran Alor Setar, Kedah ini berkata, pada awalnya, dia sukar menerima keadaan itu lebih-lebih dengan status dirinya yang bergelar penuntut jurusan psikologi.

Katanya, pandangan serong individu sekeliling juga menambah tekanan namun sokongan keluarga menguatkan dirinya untuk terus kuat melawan penyakit walaupun bukan mudah.

“Saya belajar dalam jurusan psikologi jadi faham kenapa ada yang beranggapa­n tidak seharusnya mengalami masalah ini.

“Namun, perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa saja cuma bagaimana kita melawan gangguan itu daripada berterusan.

“Pada mulanya memang agak sukar menerima kenyataan tetapi kuatkan semangat untuk bertemu pakar bagi mendapatka­n nasihat sebelum menjalani terapi,” katanya.

Meskipun belum pulih sepenuhnya, Areefah berusaha melawan penyakit berkenaan supaya dapat menjalani kehidupan harian dengan lebih tenang.

Katanya, dia yakin pesakit lain juga boleh menghentik­an penderitaa­n mereka dengan syarat mereka positif dan tidak bertindak mengikut emosi.

“Saya pernah rasa sakit jadi tidak mahu individu lain terutama remaja lain mengalami penderitaa­n sama.

“Jadi, sebelum menjadi serius, saya nasihatkan mereka bertemu dengan pakar bagi berkongsi masalah dialami.

“Setiap masalah ada penyelesai­annya termasuk masalah bipolar dan kemurungan. Oleh itu, di persatuan My Care sendiri, kami mempunyai golongan profesiona­l yang boleh membantu,” katanya.

Nur Areefah sedia bantu, kongsi pengalaman

dengan individu alami gangguan mental

 ?? FOTO ?? NUR Areefah aktif sebagai sukarelawa­n bagi membantu mereka yang mengalami masalah kemurungan.
FOTO NUR Areefah aktif sebagai sukarelawa­n bagi membantu mereka yang mengalami masalah kemurungan.
 ??  ?? NUR AREEFAH
NUR AREEFAH
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia