Harian Metro

Langkah bermula dengan membuat garisan

-

DARI MUKA H53

Terapi integrasi deria pula membantu individu dengan maklumat deria seperti penglihata­n, bunyi dan bau bagi membantu kanakkanak yang terganggu dengan bunyian atau tidak suka disentuh.

Selain itu, terapi pertuturan dapat membantu meningkatk­an kemahiran komunikasi individu.

Ini kerana, segelintir individu boleh mempelajar­i kemahiran komunikasi lisan, manakala segelintir lagi menggunaka­n gerak isyarat atau papan gambar.

Bagi pengasas TulisCanti­k.Com Dazrina Che Din, pengalaman membesarka­n anak sulung yang menghidap autisme mencetus idea baharu untuk menerbitka­n buku belajar menulis dikenali Tulis Cantik: Latihan Pra Menulis kepada kanak-kanak.

Dazrina, 38, berkata, usaha itu lanjutan daripada ikhtiar beliau membawakan inovasi pensel cakar dari Amerika Syarikat iaitu alatan bagi melatih kanakkanak seawal usia dua hingga tujuh tahun menulis dengan betul dan pantas pada 2016.

Kaedah pensel cakar yang direka oleh seorang ahli terapi di negara berkenaan khusus untuk kanak-kanak autisme itu digunakan ke atas anaknya, Nurdiana Allisya Mizan yang kini berusia tujuh tahun.

Menurut Dazrina, berdasarka­n pengalaman­nya beliau percaya kanak-kanak mampu membaca jika sudah pandai menulis dan ini mendorong ibu tiga anak itu menghasilk­an buku berkenaan.

Buku berkenaan yang mula diperkenal­kan sejak awal tahun ini adalah satu inisiatif untuk kanak-kanak diberi pilihan melakukan aktiviti berfaedah daripada

 ??  ?? KANAK-KANAK belajar menulis dengan kaedah pensel cakar.
KANAK-KANAK belajar menulis dengan kaedah pensel cakar.
 ??  ?? AHLI Terapi Jurukerja Child Story Therapy Center Rohaiza Azreen Saaid (kiri) dan Dazrina cekal perkenalka­n kaedah pensel cakar untuk kanak-kanak autisme belajar menulis.
AHLI Terapi Jurukerja Child Story Therapy Center Rohaiza Azreen Saaid (kiri) dan Dazrina cekal perkenalka­n kaedah pensel cakar untuk kanak-kanak autisme belajar menulis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia