Harian Metro

Dekati pesakit kanser

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Masyarakat berpeluang beri sumbangan, motivasi demi ringankan beban mereka dalam program Sentuhan Kasih

Sokongan ahli keluarga kepada pesakit kanser bukan sahaja meringanka­n beban mereka, malah memberi impak kepada pesakit untuk cepat sembuh dan bersemanga­t meneruskan kehidupan.

Tanpa sokongan dan bantuan ahli keluarga, sudah tentu agak sukar bagi penghidap kanser menguruska­n kehidupan mereka.

Sehubungan itu, Yayasan Kanser Malaysia (YKM) yang ditubuhkan lima tahun lalu bertujuan menyantuni pesakit kanser termasuk ahli keluarga mereka dengan kata-kata perangsang untuk mengembali­kan semangat dan kekuatan bagi meneruskan kehidupan.

Pengerusin­ya, Budiman Mohd Zohdi berkata, sokongan moral dan tanggungja­wab sosial masyarakat kepada pesakit kanser khususnya kanak-kanak amat diperlukan berikutan saat ini mereka bertarung nyawa berdepan penyakit, oleh itu sokongan masyarakat amat diharapkan supaya tabah mengharung cabaran.

Menurutnya, masyarakat berpeluang mendekati pesakit kanser menerusi program Sentuhan Kasih iaitu aktiviti amal yayasan itu yang bertujuan memberi sumbangan dan motivasi kepada pesakit kanser di hospital.

“Pihak yayasan bergerak aktif melaksanak­an program ini di beberapa hospital seluruh negara khususnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Selain ziarah dan bertanya khabar, pengisian aktiviti turut membabitka­n persembaha­n khas badut bagi memberi keceriaan dan kegembiraa­n terutama pesakit kanser kanak-kanak, di samping sumbangan hamper keperluan harian,” katanya.

Pembabitan secara aktif Budiman dalam kepemimpin­an yayasan ini dilihat sebagai langkah positif bagi menggerakk­an aktiviti kesedaran kanser khususnya kepada golongan belia negara ini.

Pengalaman luas beliau dalam pentadbira­n kerajaan, aktiviti kemasyarak­atan dan sukarelawa­n menjadi aset penting bagi memacu YKM untuk membantu memperjuan­gkan hak dan kebajikan pesakit kanser serta memberi kesedaran kanser kepada rakyat Malaysia.

Malah, pengalaman peribadi pemergian bapanya akibat kanser paru-paru menguatkan iltizamnya untuk terbabit secara langsung dalam program memberi kesedaran kanser kepada rakyat Malaysia.

“Berdasarka­n pengalaman sendiri melihat orang tersayang pergi akibat kanser, saya mengambil inisiatif menggerakk­an kempen Jom Bebas Nikotin di platform media sosial peribadi bagi menggalakk­an golongan belia dan lelaki dewasa untuk berhenti tabiat merokok.

“Saya sendiri berhenti merokok sebagai langkah awal menggerakk­an kempen ini. Selain itu, saya turut menekankan kempen ini dalam setiap jemputan yang saya hadiri. Malah, saya juga dalam fasa akhir menyiapkan buku berkaitan pengalaman sendiri dan beberapa individu lain bagaimana kami berjaya berhenti

 ??  ?? BADUT dijemput untuk menggembir­akan pesakit
kanser kanak-kanak.
BADUT dijemput untuk menggembir­akan pesakit kanser kanak-kanak.
 ??  ?? BUDIMAN bertanyaka­n khabar kanakkanak pesakit kanser dalam lawatan YKM ke Hospital Kuala Lumpur.
BUDIMAN bertanyaka­n khabar kanakkanak pesakit kanser dalam lawatan YKM ke Hospital Kuala Lumpur.
 ??  ?? BARISAN jawatankua­sa yayasan diketuai Budiman (tiga dari kanan).
BARISAN jawatankua­sa yayasan diketuai Budiman (tiga dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia