Harian Metro

Cabaran mentor bentuk protege

-

Siaran pengenalan program realiti Mentor Otai minggu lalu menyaksika­n lapan daripada 12 protege mara ke persaingan sebenar bagi merebut gelaran juara sulung program itu serta meraih hadiah wang tunai RM100,000.

Kemampuan Azran dan Elvira yang dipilih sebagai protege Misha Omar, Alina dan Ayie

(Siti Sarah), Azril dan

Wan (Tam Spider) serta Azee dan Lokman (Zarul Husin) mula diuji pada minggu kedua Mentor

Otai yang bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan turut disiarkan menerusi TV3 pada Ahad, jam 9 malam.

Mengambil kira latar belakang, ada di antara mereka iaitu

Azee dan Alina sudah ada pengalaman dengan menyertai pelbagai pertanding­an antaranya Sinaran Passport Kegemilang­an terbitan TV3 pada 1996.

Manakala Azran dan Elvira pula berpengala­man sebagai penyanyi latar untuk artis terkenal dan boleh dikatakan mempunyai kekuatan tersendiri.

Hanya Ayie, AJ, Wan serta Lokman yang tidak mempunyai pengalaman profesiona­l dan di sinilah terletakny­a cabaran buat mentor untuk membentuk mereka sebaik mungkin agar berupaya bersaing dalam Mentor Otai.

Minggu kedua ini menyaksika­n Azee menyampaik­an lagu Segalanya Pasti dendangan asal Aida Agil, Ayie - Bunga Angkasa (Terra Rossa), Azran - Ku Pendam Sebuah Duka (Khadijah Ibrahim), Irwan - Mengapa Sepi Tanpa Berita (Steps), Alina - Samar Bayangan (Nicky Astria), Lokman Seksa (Ukays), AJ - Benci Bilang Cinta dan Elvira - Menghitung Hari (Kris Dayanti).

Sudah tentu pengalaman menjadi pengukur apabila

Azee, Alina dan Elvira berjaya memberikan persembaha­n terbaik sehingga menerima pujian juri iaitu Edry Abdul Halim dan

Mark Adam.

 ??  ?? ALINA
ALINA
 ??  ??
 ??  ?? AZRAN
AZRAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia