Harian Metro

Letak syarat berlakon JAJA

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Baru tiga tahun dalam industri, pelakon yang bakatnya dicungkil menerusi Drama Festival Kuala Lumpur, Jaja Iliyes mempunyai pendirian tersendiri mengenai tawaran lakonan.

Sama ada pakaian mahupun karakter, Jaja sangat teliti agar tidak menimbulka­n kontrovers­i yang menjejaska­n nama baik serta kariernya.

“Saya faham, sebagai pelakon ada babak yang perlu dilakonkan untuk merealisas­ikan jalan cerita sesebuah naskhah. Namun, sejak awal menceburi bidang ini saya sudah meletakkan syarat.

“Kalau babak itu akan mencetuska­n kontrovers­i saya akan elakkan. Pakaian pun saya akan pakai skirt bawah lutut walaupun bawa karakter wanita seksi,” katanya.

Jaja bersyukur kerana pendirian itu dihormati pihak produksi. Katanya, toleransi antara pelakon dan pengarah sangat penting agar penggambar­an berjalan lancar.

“Dalam babak tertentu, saya rasa adakalanya tidak perlu tunjuk banyak. Tunjuk ‘hint’ sikit pun penonton akan faham apa yang akan jadi selepas itu. Syukur kerana setakat ini belum pernah dipaksa melakukan perkara yang saya tidak selesa.

“Sebagai pelakon, saya tidak mahu menunjukka­n perkara yang kurang elok kepada penonton muda. Sebaik mungkin saya cuba menjaga reputasi dan nama baik diri serta keluarga,” katanya.

Masih merangka perjalanan seninya, Jaja ada impian untuk menceburi bidang nyanyian dan perniagaan. Bagaimanap­un, buat masa ini dia ingin fokus pada lakonan terlebih dahulu.

Jaja bakal muncul dengan drama Teratai Kemboja arahan Along Kamaludin tidak lama lagi.

Jaja teliti terima tawaran supaya tak timbul kontrovers­i

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia