Harian Metro

Jemari kreatif

- Siti Salmiah A Hamid salmiah@hmetro.com.my

 Usahawan wanita dominasi 65 peratus industri kraf tangan negara

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyeru golongan wanita turut sama berkecimpu­ng dalam industri kraf yang berkembang maju.

Beliau berkata, wanita mendominas­i industri kraf negara dengan penyertaan 65 peratus atau 3,471 pengusaha daripada jumlah keseluruha­n usahawan kraf.

“Selari itu, usahawan kraf menyumbang 29 peratus atau RM148 juta di peringkat tempatan dan antarabang­sa.

“Berdasarka­n Laporan Akhir Mega Science 3.0 - Creative Industry Sector oleh Akademi Sains Malaysia, industri kreatif Malaysia antara industri kraf dijangka berkembang menjelang 2035.

“Jualan kraf dijangka meningkat kepada RM1.02 bilion menjelang tahun 2025 dan RM2.2 bilion pada 2035 dengan sumbangan dua peratus kepada industri kreatif,” katanya pada Majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2018 di Kompleks Kraf, di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Wira Mas Ermieyanti Samsudin, Ketua Setiausaha Datuk Rashidi Hasbullah, Pengerusi Kraftangan Malaysia, Datuk Wira Ab Ghaffar A Tambi dan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.

Pada majlis itu, beliau menyampaik­an Anugerah Tokoh Kraf Negara kepada Azizah Mohd Yusuf dan Anugerah Usahawan Kraf Muda kepada Amir Harith Mat Kashim dan Emily Jeneble dari Keningau, Sabah.

Rosmah berkata, usahawan kraf berpeluang mempromosi dan memasarkan produk hingga ke luar negara melalui media sosial seperti Facebook, Instagram dan YouTube.

Beliau menyaranka­n lebih ramai lagi usahawan kraf menggunaka­n kaedah moden ini seiring peredaran pasaran semasa.

Sementara itu, Nazri berkata, usaha memacu industri kraf bukan saja memberi manfaat kepada usahawan kraf, malah memberi limpahan faedah kepada industri lain termasuk pelanconga­n, inap desa, sektor perkhidmat­an dan industri hiliran.

“Kraftangan Malaysia menyasarka­n nilai jualan RM500 juta bagi 2018. Ia berdasarka­n jumlah jualan produk kraf hingga Februari 2018 iaitu RM74.7 juta dengan kemampuan 5,361 usahawan kraf. “Hala tuju Kelestaria­n Industri Kraf yang diperkenal­kan tahun ini berupaya memperkasa program pembanguna­n sedia ada bagi memastikan produk kraft tempatan terus relevan,” katanya.

Beliau berharap usahawan kraf menerokai perkara baru terutama teknik pengeluara­n serta kaedah pemasaran digital agar mampu memaksimum­kan pendapatan.

 ??  ?? MOHAMED Nazri, Rosmah dan Mas Ermieyati pada perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2018 di Kompleks Kraf KL, Jalan Conlay.
MOHAMED Nazri, Rosmah dan Mas Ermieyati pada perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2018 di Kompleks Kraf KL, Jalan Conlay.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia