Harian Metro

Kes kucing maincoon

- Sarah Zulkifl sarah@nstp.com.my

 Bekas pengurus didakwa perdaya pelanggan hingga rugi RM240,400

Bekas pengurus syarikat Imadi Pet didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan memperdaya seorang pelanggan berhubung pelaburan kucing baka

yang tidak wujud membabitka­n kerugian RM240,400, dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Zaidi Musa, 34, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Majistret Nurshahira­h Abdul Salim.

Tertuduh yang memakai baju kemeja kotak berwarna ungu dilihat tenang sepanjang prosiding di dalam kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memperdaya Abdullah Sani Suleiman, 62, untuk mempercaya­i pelaburan pembiakan kucing baka yang dijalankan syarikat Imadi Pet Global Sdn Bhd adalah wujud hingga mangsa menyerahka­n wang RM240,400 ke dalam akaun milik syarikat menjual haiwan peliharaan itu.

Mangsa tidak akan menyerahka­n wang itu jika tidak diperdayak­an sedemikian dan perbuatan berkenaan didakwa dilakukan di CIMB Bank Serdang Perdana Seri Kembangan pada 2 September 2016 dan 4 Oktober 2016.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda jika disabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan hingga kes selesai.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon jaminan ringan atas alasan dia tidak bekerja sejak Ogos tahun lalu selepas syarikat tempatnya ditutup.

Mahkamah membenarka­n dia diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah serta menetapkan 27 April sebagai sebutan semula kes.

 ??  ?? ANGGOTA polis membawa Muhammad Zaidi di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya, semalam.
ANGGOTA polis membawa Muhammad Zaidi di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia