Harian Metro

Pertahan kenyataan harga tak betul

-

Georgetown: Seorang saksi memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini, Ketua Menteri, Lim Guan Eng membeli sebuah kediaman di bawah nilai harga pasaran dan pada harga yang tidak betul.

Pengendali laman sosial Facebook, Mohsin Abdul Latif, 34, yang juga saksi pertama pendakwaan turut mempertaha­nkan kenyataann­ya walaupun beberapa kali cuba diasak peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Guan Eng.

“Saya membuat laporan dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memohon supaya perkara ini disiasat dengan lebih lanjut.

“Dikatakan beliau (Guan Eng) membeli rumah di Jalan Pinhorn dengan harga yang murah iaitu hanya RM2.8 juta sedangkan harga kediaman di kawasan berkenaan dijual lebih mahal. Ini tidak betul,” katanya di hadapan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Terdahulu Mohsin berkata, beliau mengetahui mengenai isu penjualan rumah itu selepas melihat perdebatan antara Guan Eng dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya pada sidang Parlimen yang disiarkan TV3.

Katanya, laporan yang dibuat pada 18 Mac 2016 di SPRM Pulau Pinang itu atas kapasiti dan tanggungja­wabnya sebagai rakyat negeri itu.

“Saya buat laporan sebab saya tidak mahu Ketua Menteri yang saya sayangi terpalit dengan isu rasuah.

“Jadi, sebagai rakyat saya terpanggil untuk membuat laporan kepada SPRM supaya perkara ini disiasat,” katanya.

Mohsin memberi keterangan pada perbicaraa­n kes Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Khoon yang berdepan dakwaan rasuah di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Bagi pertuduhan pertama, Guan Eng, 56, didakwa menggunaka­n kedudukann­ya sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri dan menggunaka­n untuk suapan bagi dirinya dan isteri, Betty Chew Gek Cheng, 54, dengan meluluskan Permohonan Perlingkun­gan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Am di daerah Barat Daya kepada syarikat Magnificie­nt Emblem Sdn Bhd.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Perancang Negeri di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini, pada 18 Julai 2014.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mana yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

 ??  ?? GUAN Eng melambai tangan ketika keluar dari Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, semalam.
GUAN Eng melambai tangan ketika keluar dari Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia