Harian Metro

Himpun 66 penerbit

- Siti Rohana Idris cnews@nstp.com.my

 20,000 buku pelbagai genre warnai Pesta Buku Kelantan 2018

Lebih 20,000 buku pelbagai genre akan mewarnai Pesta Buku Kelantan 2018 di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandara­n Kota Bharu (MPKB) bermula hari ini hingga 3 April ini.

Program itu anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Persatuan Perpustaka­an Sekolah Kelantan (PUSTAKA) serta turut mendapat kerjasama Syarikat Muda Osman (SMO).

Pengarah Urusan SMO Sdn Bhd (SMO Bookstores) Ahmed Azim Othman berkata, jika sebelum ini penganjura­nnya diadakan selama tujuh hari, kali ini tempohnya dipanjangk­an kepada lapan hari.

“Seramai 66 penerbit menyertai pesta buku dan pelbagai koleksi buku yang disediakan khas untuk pengunjung yang hadir memeriahka­n sepanjang pesta berlangsun­g.

“Selain itu, tawaran diskaun juga ditambah 25 peratus berbanding tahun ini yang merangkumi pelbagai genre antaranya akademik, umum, agama dan novel,” katanya.

Buku terpilih yang ditawarkan diskaun dijual serendah RM1 sehingga RM10 dan diskaun mencecah 90 peratus.

Bagi pemegang kad SMO pula, Ahmed Azim berkata, diskaun ditawarkan adalah sebanyak 15 peratus untuk semua jenis buku.

“Kita menjangkak­an lebih 50,000 pengunjung hadir dari seluruh Kelantan sepanjang penganjura­n pesta buku itu.

“Majlis pelancaran­nya diadakan esok dan kita akan memilih 50 anak angkat terdiri calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membabitka­n semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk menerima bantuan peralatan sekolah,” katanya sambil menambah yang program itu sudah lebih lima tahun diadakan.

Sepanjang pesta buku itu, banyak aktiviti bakal berlangsun­g dan pengunjung juga boleh beramah mesra dengan beberapa penulis antaranya Da’i Wan, Bonda Nor, Farrah Fakhira, Effi Aizat, Hani Fazuha, Farah Darianna dan Kaher Hanza Imanimex. Pelbagai hadiah cabutan bertuah disediakan kepada pengunjung dan hadiah utama adalah pelayaran Islamik ke Vietnam dengan menaiki kapal cruise yang menanti pengunjung bertuah.

The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) juga mempromosi­kan sistem pembelajar­an secara digital melalui portal pendidikan atas talian, FullAMark di pesta buku itu.

Di kaunter yang tersedia turut dijual set latihan kepada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) dan SPM dengan harga yang istimewa. Kubang Pasu: Semangat untuk menjadi juara menjadi azimat kepada sekumpulan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Wan Kemara, Changlun sehingga meraih Anugerah Best Design Robot pada pertanding­an

di Trang, Thailand, kelmarin.

Mereka ialah, Muhammad Aiman Faisul Aris, 12; Muhammad Amsyar Hadif Abdul Rashid, 10, Haziq Khalili Idham Khalil, 11, dan Wafiq Danial Wahed, 12.

Guru Besarnya, Mohd Nizam Saidin berkata, biarpun berdepan dengan peserta yang lebih dewasa dan berpengala­man dari Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand, empat murid yang menggalas cabaran sekolah itu tidak gentar dan membuat

 ?? Ahmed Azim ?? Kita menjangkak­an lebih 50,000 pengunjung hadir dari seluruh Kelantan sepanjang penganjura­n pesta buku itu. Tawaran diskaun juga ditambah 25 peratus berbanding tahun ini yang merangkumi pelbagai genre”
AHMAD Azim menunjukka­n sebahagian novel yang akan...
Ahmed Azim Kita menjangkak­an lebih 50,000 pengunjung hadir dari seluruh Kelantan sepanjang penganjura­n pesta buku itu. Tawaran diskaun juga ditambah 25 peratus berbanding tahun ini yang merangkumi pelbagai genre” AHMAD Azim menunjukka­n sebahagian novel yang akan...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia