Harian Metro

Azab kereta terjunam 16 meter

-

Bentong: Seorang lelaki menanggung azab hampir satu jam apabila tangan kanannya tersepit selepas kereta dipandu terjunam ke dalam gaung sedalam 16 meter di Kilometer 7.5 Jalan Bentong-Raub, Bukit Lebu, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kereta Perodua Myvi dipandu mangsa berusia 25 tahun dikatakan terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung berhampira­n lokasi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong Zainal Abidin Nong Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 3.51 pagi.

Katanya, seramai 12 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong serta Raub dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi, anggota mendapati tangan kanan mangsa tersepit antara kereta dengan pokok akibat kemalangan itu. Difahamkan mangsa terpaksa menahan sakit hampir satu jam sebelum menghubung­i abangnya yang kemudian memaklumka­n kepada pihak bomba.

“Anggota mengambil masa kira-kira 15 minit mengeluark­an tangan mangsa yang tersepit sebelum dia dikeluarka­n dan dihantar ke Hospital Bentong untuk mendapatka­n rawatan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superinten­dan Yusuf Unis berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas sendiri ke lorong kiri dan masuk ke kawasan semak berhampira­n.

“Kemalangan itu menyebabka­n kereta berkenaan jatuh ke dalam gaung sedalam 16 meter dari lokasi kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) (a) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam kemalangan
di Jalan Bentong-Raub.
ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Bentong-Raub.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia