Harian Metro

Golongan belia, pasangan muda banjiri ekspo PR1MA

-

Kuala Lumpur: Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional anjuran Perbadanan Perumahan 1Malaysia (PR1MA), terus dikunjungi orang ramai terutama golongan muda yang ingin mendapatka­n rumah idaman mampu milik.

Memasuki hari ketiga pameran, tinjauan mendapati rata-rata pengunjung yang ditemui teruja dengan kepelbagai­an jenis rumah mampu milik yang ditawarkan.

Malah, kebanyakan pengunjung yang hadir adalah golongan belia dan pasang muda berusia antara 20 hingga 30-an yang masih belum memiliki rumah.

Pekerja swasta, Fazizul Anwar, 28 berkata ekspo itu membuka ruang kepada orang ramai merebut peluang mendapatka­n rumah idaman dengan harga mampu milik.

“Pameran ini memberi peluang kepada rakyat khususnya golongan belia dan pasangan muda untuk membeli rumah idaman mereka.

“Selain harga yang ditawarkan munasabah, kepelbagai­an jenis rumah dengan lokasi yang strategik turut menarik minat pengunjung,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Manakala, pasangan muda, Mohd Firdaus Haini, 31, dan isteri merebut peluang itu untuk mendapatka­n rumah idaman untuk keluargany­a.

“Pameran ini membuka peluang kepada kami untuk mencari kediaman mengikut keperluan keluarga dengan harga yang berpatutan,” katanya.

Ekspo berkenaan berlangsun­g di Dewan Tun Razak 1, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula Sabtu lalu hingga 1 April ini, berfungsi sebagai pusat sehenti terutama bagi golongan berpendapa­tan rendah (B40) dan golongan berpendapa­tan sederhana (M40) untuk memiliki rumah.

Pameran itu, menawarkan kira-kira 600,000 unit rumah mampu milik menerusi lebih 10 gerai pameran Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dari setiap negeri, Rumah Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) dan projek perumahan dibawah agensi kerajaan.

 ??  ?? PENGUNJUNG melihat replika rumah dan tawaran harga Rumah PR1MA di PWTC.
PENGUNJUNG melihat replika rumah dan tawaran harga Rumah PR1MA di PWTC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia