Harian Metro

Muktamad pengambila­lihan syarikat konsesi air

- Norzamira Che Noh news@nstp.com.my

Shah Alam: Sultan Selangor menitahkan Kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri bekerjasam­a memuktamad­kan proses pengambila­lihan syarikat konsesi air atas semangat federalism­e, demi menjamin kepentinga­n negeri dan rakyat.

Sultan Sharafuddi­n Idris Shah turut mengingatk­an bahawa politik bukanlah semata-mata untuk memburu kuasa, tetapi untuk mencapai urus tadbir cemerlang bagi membangunk­an

Sebanyak 1,443 premis perniagaan diperiksa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) sepanjang Ops CATUT 3.0 yang dilaksanak­an sejak 16 Januari lalu.

Pengarah Bahagian Penguatkua­sa KPDNKK, Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata, pihaknya akan menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas 3,700 premis perniagaan di seluruh negara sempena operasi itu.

“Sasaran pemeriksaa­n akan membabitka­n peringkat pemborong iaitu 1,850 premis (50 peratus), peruncit 1,480 premis (40 peratus) dan pengilang serta pengeluar sebanyak 370 premis (10 peratus).

“Penguatkua­saan memberi tumpuan kepada barangan makanan dan minuman yang dikategori­kan kepada barangan basah, barangan kering, makanan dan minuman sedia dimasak serta sedia dibungkus, barangan isi rumah (penjagaan diri) serta barangan tidak tahan lama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan pemeriksaa­n pematuhan Ops CATUT 3.0 di dua premis perniagaan di sini, semalam.

Kata Mohd Roslan, sepanjang tempoh penguatkua­saan sejak 15 Januari 2015 negeri.

“Kuasa adalah satu amanah, untuk memenuhi aspirasi rakyat. Tatkala beta bertitah di Pembukaan Persidanga­n Penggal Kelima Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun lalu, beta menitahkan supaya semua pihak mengambil sikap yang bertanggun­gjawab dan tidak mempolitik­kan isu air di negeri ini.

“Beta berharap isu air yang melibatkan kepentinga­n rakyat ini dapat di atasi dengan segera,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Keenam Sidang DUN Selangor di sini, semalam.

Sultan Selangor turut berkenan dengan hasrat kerajaan negeri dan Air Selangor untuk menjamin kelestaria­n bekalan air dan memberi jaminan bahawa industri perkhidmat­an bekalan air di negeri ini akan dilaksanak­an secara holistik dan efisyen untuk rakyat.

 ??  ?? SULTAN Sharafuddi­n Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin berkenan berangkat ke Majlis Istiadat Pembukaan Persidanga­n Penggal Keenam DUN Negeri Selangor.
SULTAN Sharafuddi­n Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin berkenan berangkat ke Majlis Istiadat Pembukaan Persidanga­n Penggal Keenam DUN Negeri Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia