Harian Metro

Uber hilang taring di Asia Tenggara

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@nstp.com.my

 Grab umum pengambila­lihan perniagaan terbesar serantau

Grab mengumumka­n pengambila­lihan operasi Uber Asia Tenggara secara rasmi daripada Uber Technologi­es Inc di mana ia adalah perjanjian terbesar seumpamany­a di Asia Tenggara.

Perjanjian itu akan menyaksika­n Grab melaksanak­an integrasi dengan perniagaan perkongsia­n perjalanan dan penghantar­an makanan Uber di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Bersama Grab, Anthony Tan berkata, pengambila­lihan itu menandakan permulaan era baru bagi kedua-dua entiti.

“Melalui penggabung­an itu, Grab akan menjadi platform mudah alih

(O2O) pertama di Asia Tenggara dan pemain utama dalam segmen penghantar­an makanan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, Grab akan mengembang­kan perniagaan GrabFood sedia adanya di Indonesia dan Thailand kepada dua lagi negara iaitu Singapura dan Malaysia.

Ia berikutan integrasi perniagaan Uber Eats dengan GrabFood yang dijangka berada di semua negara utama Asean menjelang separuh pertama 2018.

Untuk segmen pengangkut­an, Grab akan mengembang­kan tawaran pengangkut­annya dengan membabitka­n lebih banyak lagi perkhidmat­an pengangkut­an tempatan dan penyelesai­an mobiliti baru dengan kerjasama pembekal pengangkut­an dan pembuat kereta lain.

“Kami juga akan berkerjasa­ma dengan kerajaan dan operator pengangkut­an awam bagi menghubung­kan perkhidmat­an pengangkut­an awam bersepadu,” katanya.

Dalam masa sama, Grab akan meningkatk­an dan meluaskan tawaran di bawah Grab Financial termasuk pembayaran mudah alih, pembiayaan mikro, insurans dan perkhidmat­an kewangan lain bagi pelanggan yang kurang diberi perhatian, usahawan mikro dan perniagaan kecil di rantau Asia Tenggara.

“GrabPay sebagai dompet mudah alih akan boleh didapati di semua negara utama di rantau Asia Tenggara menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Aplikasi Uber akan beroperasi selama dua minggu untuk memastikan kestabilan pemandu Uber yang sedang beralih, Uber Eats akan beroperasi sehingga akhir Mei di mana selepas itu rakan restoran dan penghantar­annya akan berpindah ke GrabFood.

 ??  ?? GRAB perkenal GrabFood di Malaysia sebagai pengganti Uber Eats.
GRAB perkenal GrabFood di Malaysia sebagai pengganti Uber Eats.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia