Harian Metro

CIMB kekal Bank Runcit Terbaik

-

CIMB Bank Bhd (CIMB) dinobat Bank Runcit Terbaik di Malaysia untuk dua tahun berturut-turut pada majlis Anugerah Kecemerlan­gan Perbankan Asia dalam Perkhidmat­an Kewangan Runcit 2018, baru-baru ini.

Pada majlis itu, CIMB turut menerima anugerah bagi Inisiatif Produktivi­ti, Kecekapan dan Automasi Terbaik bagi 2018.

Anugerah Perbankan Asia adalah anugerah berprestij berikutan kriteria ketat untuk inovasi dalam kewangan runcit di Asia Pasifik,

Asia Tengah, Asia Barat dan Afrika.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna Kumpulan CIMB, Samir Gupta berkata, sebagai peneraju bank universal ASEAN, CIMB akan terus berinovasi dalam usaha menawarkan produk dan perkhidmat­an terbaik.

“Kami menghargai menerima pengiktira­fan ini yang mana ia mencermink­an tumpuan yang lebih mendalam pada digital untuk strategi T18 kami.

“Penawaran digital semasa kami seperti CIMB Enhanced Virtual Assistant (EVA) hanyalah sebagai permulaan. CIMB sedang menuju ke arah untuk menjadi bank pencabar digital dengan memanfaatk­an kecerdasan buatan (AI), data besar, sains data dan analisis untuk terus memberi pengalaman menyenangk­an kepada 13 juta pelanggan kami.

“Kami menghargai kepercayaa­n pelanggan terhadap CIMB,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

CIMB sebelum ini menerima anugerah Bank Runcit Terbaik di Malaysia serta Produk Perbankan Internet Terbaik Asia untuk EVA semasa Anugerah Perbankan Asia 2017 yang mana syarikat perbankan itu turut menerima Emas bagi Pengalaman Digital Terbaik pada Anugerah Kecemerlan­gan Pengalaman Pelanggan Asia 2017.

 ??  ?? SAMIR
SAMIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia