Harian Metro

PMB Investment rangkul 4 anugerah

-

Kuala Lumpur: PMB Investment Bhd, anak syarikat milik penuh Pelaburan Mara Bhd merangkul empat anugerah dalam tiga kategori dana unit amanah syariah terbaik Malaysia pada Majlis Penganuger­ahan The Edge|Thomson Reuters Lipper Fund Awards 2018, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA, Datuk Nazim Rahman berkata, pihaknya bersyukur dengan empat anugerah yang diterima untuk tiga dananya itu.

Beliau berkata, penganuger­ahan itu adalah kemenangan hatrik setelah berjaya memperoleh pengiktira­fan daripada Morningsta­r, syarikat penyelidik­an pelaburan bebas antarabang­sa pada minggu lalu untuk salah satu dananya.

“Kemenangan ini membuktika­n dana kami berupaya memberi pulangan yang baik dan masyarakat pelabur seharusnya mengambil kesempatan ini untuk membuat perancanga­n pelaburan dengan melabur dalam dana berprestas­i tinggi yang diurus PMB Investment,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai dana itu, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Najmi Mohamed berkata, salah satu dana yang menerima anugerah ialah PMB Shariah Growth Fund (PMB SGF) memenangi anugerah Dana Ekuiti Malaysia Terbaik bagi tempoh tiga tahun berakhir 31 Disember 2017 dengan prestasi pulangan yang direkodkan adalah sebanyak 50 peratus.

Beliau berkata, PMB Investment turut memenangi anugerah Dana Ekuiti Pendapatan Malaysia Terbaik bagi tempoh tiga tahun dan lima tahun berakhir 31 Disember 2017 melalui PMB Shariah Dividend Fund (PMB SDF).

Dana itu, katanya, mencatatka­n pulangan sebanyak 36 peratus bagi tempoh tiga tahun dan 45 peratus bagi tempoh lima tahun berakhir 31 Disember 2017.

“Selain itu, dana lain yang turut memenangi anugerah adalah PMB Shariah Aggresive Fund (PMB SAF) dalam kategori Dana Ekuiti Malaysia Terbaik bagi tempoh lima tahun berakhir 31 Disember 2017 dengan merekodkan prestasi pulangan sebanyak 112 peratus,” katanya.

 ??  ?? DARI kiri, Ketua Pegawai Operasi, Pelaburan MARA Berhad Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Pengerusi PMB Investment Berhad, Datuk Abdul Malik Ismail, Nazim dan Najmi menunjukka­n prestasi dana terbaik PMB Investment yang memenangi Anugerah Dana Lipper 2018.
DARI kiri, Ketua Pegawai Operasi, Pelaburan MARA Berhad Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Pengerusi PMB Investment Berhad, Datuk Abdul Malik Ismail, Nazim dan Najmi menunjukka­n prestasi dana terbaik PMB Investment yang memenangi Anugerah Dana Lipper 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia